Orang tertua dunia, 116 tahun meninggal dunia - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Orang tertua dunia, 116 tahun meninggal dunia

hanifidrus
Amerika Syarikat (AS) yang disenaraikan sebagai orang tertua di dunia meninggal dunia pada usia 116 tahun, semalam.

Menurut anaknya, Sidney Cooper, Besse Cooper meninggal dunia di rumah sakit berhampiran Atlanta, Georgia.

Baru-baru ini Besse dilaporkn mengalami sakit akivat virus dalam perut.

Menurut anaknya lagi, ibunya sedang menonton video Krismas pagi semalam dan tiba-tiba mengalami masalah pernafasan dan sempat diberi bantuan oksigen.

“Tidak lama selepas diberi bantuan pernafasan, ibu saya meninggal,” katanya.

Anaknya menambah, ”dengan rambut yang sudah dirapikan itu, saya lihat yang dia benar-benar bersedia untuk ‘pergi’."

Besse disahkan menjadi orang yang paling tua di dunia pada Januari 2011.

Bekas guru itu dilahirkan di Tennessee, kemudian berpindah ke Georgia semasa Perang Dunia Pertama.

Anaknya menambah, majlis pengebumian ibunya akan diadakan dalam minggu ini.

Besse berjaya menjadi orang yang paling tua hidup di dunia berbanding dengan rakannya dari Iowa, Dina Manfredini yang meninggal dunia pada usia 115 tahun.

Sebelum ini, orang tertua dunia kelahiran Perancis, Jeanne Calment meninggal dunia semasa usia 122 pada tahun 1997.

9 comments:

hnahdy said...

panjangnya usia dia

siti fatima Arifin said...

owhh..... 116 thn dah

LiNda said...

panjang ye usia dia..

Nor Salmi said...

116 tahun. Panjang masa/peluang yg diberikan oleh-Nya..

Fendy said...

terlalu tua ni...

shaiful zaidi said...

hidup pasti berakhir dengan kematian..

wantie said...

fuh.. lamanya dia singgah kat sini ye.. dah 116 tahun tu.

Remy hazza said...

panjang umur dia

Haryati Faizal said...

sampai masa dia dah la tu...