hanifidrus

Memang lawak !!! Pasal bergaduh cikgu suruh budak-budak berpegangan tangan hingga kecoh satu dunia. Ini baru sikit, waktu aku sekolah dulu.

Cikgu sekolah ada ler tangkap beberapa budak hisap rokok!!!
Cikgu aku tak pukul dia orang tapi dipaksa meletakkan batang rokok tersebut di bibir mereka dan mencangkung di pintu pagar semasa habis waktu sekolah!!!

Memang lawak giler tapi kami tak marah pun . Kalau sekarang aku rasa pasti bukan ajer keluar kat facebook tapi newpaper !!!!

Gara-gara bergaduh, dua pelajar lelaki Sekolah Tinggi Westwood, Arizona dihukum berpegangan tangan di luar kelas selama sejam.

Hukuman itu turut mengundang kontroversi sebaik sahaja gambar mereka dimuat naik ke dalam laman sosial Facebook. Charles Crockett dan Julio, 14, dilaporkan bergaduh semasa menghadiri kelas tahanan pada Rabu lalu.

Pengetua sekolah Tim Richards, memberi dua pilihan sama ada mereka digantung persekolahan atau menjalani hukuman yang memalukan itu. Tindakan Richards bagaimanapun, dikritik banyak pihak, namun sebahagian besarnya mengakui hukuman itu memberi pengajaran bahawa sekolah bukan tempat untuk bergaduh.
Designed By: Hanif Idrus | Templatelib