Pelajar kolej dilarang pakai jeans, baju singkat

hanifidrus
Salam satu Blogger. Kadang-kadang aku memang pelik lihat manusia ini. Bila sesuatu undang-undang untuk menjaga kehormatan diri di bantah.!!!

Tindakan sebuah kolej di India melarang siswinya daripada memakai jeans, baju singkat dan kemeja-T untuk membanteras gangguan seksual, mencetuskan kemarahan pelajar dan aktivis hak asasi kemanusiaan.

Kolej Wanita Adarsh dinegeri Haryana, kira-kira 110 kilometer di barat New Delhi berkata, pelajar akan didenda 100 rupee (RM5.60) setiap kali mereka melanggar etika berpakaian itu.

“Kami mengenakan larangan terhadap pemakaian jeans dan kemeja-T kerana ia sangat kebaratan, begitu juga dengan baju singkat,” kata ketua kolej itu, Alaka Sharma kepada saluran berita NDTV.
“Pakaian singkat tidak menutupi tubuh mereka dan ia menjadi punca mengapa mereka berdepan masalah sering diganggu.

13 comments

hebat tue..kalo buat kat sini..agak2 kena protes x..hihi

kan bagus kalaun undang2 ni digunapakai di negara kita..betul tak.. pkai baju kurung pergi class dah ckup cntik.. time sek menengah boleh pula ikut aturan..

Biasalah tu. Bukan di sana jer. Di Malaysia pun patut buat macam tu juga.

Fuhhh, ingatkan kat Malaysia tadi. hehehe

bukankah sari dorang pun seksi jugak ke? nampak pusat kan..

bagus jugak. kalau la kat malaysia ni boleh kuatkuasakan undnag undang mcm tu kan senang.

biasalah tu, manusia.. benda baik pun memang nak complain.. hehehe

Dahsyat juga ek kolej ni.... bagus!

di malaysia pljr pkai selipar didenda...tp xpakai tudung, pkai jeans ketat kena ok plak!!

Kalaulah peraturan itu dikuatkuasa di sini, beraraklah mereka di jalan dan dataran, kononnya atas nama HAK ASASI. Agak-agaknya berapa orang yang setuju kalau dikuatkuasa di IPTA dan IPTS, angkat tangan! Hehehe

waaaa hebat juga india. ada bernasnya juga nie.

pakai unifom rasmi...kan senang...... mcm kat malaysia..... cuma bila kat kolej tu...kena ada garis panduan lah.....

heheh... dunia.

teringat satu quot "kalau sikit atau singkatnya pakaian itu ukuran tamadun moden, nescaya beruk dan kera paling bertamadun hari ini"