Header Ads

Pertandingan Pecelis Nenas Tempat Kedua

2012 Tahunku Yang Kacak

Salam satu Blogger. Bulan Disember ini sepatutnya aku tak sibuk sebab production aku drop. Tapi sejak kebelakanagn ini memang sibuk sangat pula...hehehehe.
Tambahan pula cuti bulan Disember ini cuti punyalah banyak, bila cuti macam-macam aktiviti.  So aktiviti berblogging memang banyak tergendala terutama bab blogwalking ini.
Saya minta maaf banyak-banyak atas perkara ini....

Semasa cuti Krismas tempoh hari salah satu aktiviti yang menyibukkan aku ialah memasuki pertandingan masakan Pecelis Nenas anjuran daerah Melaka yang disertai oleh ibu aku ler. Masalahnya mak aku ini tak tahu bab-bab gubahan makanan dan buat pelecis nenas ni.

Terpaksa menggunakan kepakaran mak mentua aku yang memang pakar tentang gubahan dan masak-memasak ini. Hanya mak mentua ajer, anak-anak tak pandai termasuk bini aku ..hahahahaha.
Bermulalah operasi membeli nenas untuk masakan serta gubahan. Selain itu membeli beberapa kelengkapan lain untuk menambahkan seri gubahan tersebut .

Nak dijadikan cerita semasa aku tengah minum kat kedai,  mak mentua aku call, beritahu nenas yang dibeli kecik sangat. Terpaksa aku mencari nenas yang bersaiz besar tapi  kedai buah-buahan semua tutup. Yalah!!! dah pukul 7.00pm lagipun malam Krismas.....huhuhuhuhu. Last target aku nak cari kat Tesco atau Mydin ajer...

Sementara nak cari tu aku lepak jap rumah mak aku. Nasib menyebelahi kami, jiran sebelah Nyonya aku tengah buat kuih tat. So mak aku minta sebiji buah nenas dari mereka. Nyonya tu pun kasi ..free lagi!!! hahahahaha.

Dengan sepantas kilat aku hantar buah nenas tu ke rumah mak mentua aku. Malam tu juga mak memtua aku membuat gubahan tersebut sambil aku melihat sahaja dan top up ayat memuji..kikikiki.
Pada subuh keesokannya, aku hantar gubahan ke rumah mak aku lak...huhuhuhu.

Memang penat aku terkejar sana dan sini......

Walau apapun , KEPUTUSANNYA kami mendapat tempat kedua dari keseluruhan 16 peserta...
Tempat pertama ialah tuan rumah kawasan tersebut.
Itu biasalah tuan rumah mesti menang...hehehehehhee.

Nampaknya berbaloi usaha aku , mak aku  dan mak mentua aku. Team kami memang best!!!


12 comments

normi nieza said...

tahniah..:)

aynora nur said...

Tak tahan tu, main passing passing last2, lembu punya susu sapi dapat nama...haha

Pezol Stylez said...

sedap2

CikMunBlogger said...

tahniah ! , haha kalau tuan rumah tak masuk , mesti hanif dapat juara niee . hehe

LiNda said...

Tahniah, dapat jugak tempat kedua.memang berbaloi :)

Aziela said...

Tahniah. Berhasil juga berkejar2 dan ayat memuji tu. Anyway, Pecelis Nenas tu apa? Melaka ekk? Daerah mana buat contest nie yer?

Remy hazza said...

tahniah bro....
air tangan org2 lama...memang sedap....

dya bunga said...

berbaloi apa tmpt kedua drpd tak tempt lnsung..hihi

Syaifuddin Alias said...

memang kacak..haha..tempat kedua bukannya senang bukan ?

wantie said...

tahniah.. memang cantik gubahan tu.

wantie said...

ups.. lupa nak cakap. Nenas yang besar selalunya kat sini cina ambik wat sembah tokong.

yang kecik kecik je tinggal. baik pula mak nya tu ye. siap kasi free lagi.

hainom OKje said...

yang dalam tu apa ke bendanya Nep...