Rekrut anggota Taliban melalui Facebook

hanifidrus
Pejuang Taliban dilaporkan mewujudkan akaun dalam laman sosial Facebook bagi merekrut peminat yang berkebolehan dalam bidang penulisan majalah dan suntingan video.

Menurut jurucakap polis Pakistan, laman Umar Media TTP yang kini memiliki 270 peminat sejak September lalu dan memaparkan beberapa mesej dalam bahasa Inggeris.

"Dengan bangganya, Umar Media mengumumkan jawatan kosong. Beberapa tugasan yang perlu dilakukan adalah suntingan video, terjemahan, perkongsian, muat naik dan turun serta mengumpul data yang diperlukan.

"Sila sebarkan mesej ini kerana akaun ini mungkin akan dihapuskan tidak lama lagi," menurut kenyataan yang dihantar ke laman web pada 25 Oktober lalu. Sementara itu, jurucakap Tehreek-e-Taliban (TTP), Ehsanullah Ehsan mengesahkan pada Jumaat lalu, bahawa laman berkenaan hanya bersifat sementara bagi memenuhi syarat sebelum pelancaran laman web sebenar.

"Umar Media di bawah kelolaan TTP menggunakan Facebook bagi merekrut pengikut dalam tugasan media dan menjadi keluarga kumpulan penerbitan 'Ayah-E-Khilafat'," katanya dalam satu kenyataan.

5 comments

Sure la lepas ni kena hack account. Sapa nak isi jawatan tu sila la berbuat demikian dengan sefera. Hehehe....

menarik......
ada tak rakyat malaysia yg apply nanti...

kuasa facebook. benci2 pun tetap kena guna medium yahudi itu :P

Ha..ha... Taliban pun dah maju sekarang!