Selamat bercuti semua

2012 Tahunku Yang Kacak
Sudah Menjadi Milikku
Salam Satu Blogger. salam cuti untuk semua. Bulan December ini macam-macam cuti ada dan macam plan semua orang nak buat. Berjalan ke sana ke sini.
Minggu ini cuti krismas dan minggu depan cuti tahun baru...pehhh!!! Habis duit aku kalau cuti ini..
Sebenarnya kalau kerja lagi baik !!!!..hahahahhaa. Duit tak perabih!!

Kalau cuti ada ajer plan perabih duit. Macam semalam, pusing-pusing Jaya Jusco aku dah terbeli lensa Canon 50mm f/1.8 II Prime Lens. Itu memang salah satu pujaan aku tu, dan aku tengok harga lak meletup..hanya RM380. Apa lagi aku cekup ler...

Lepas tu tokey tu ..suruh beli filter lak...kena tambah lagi RM90......haiii.....

Esok lak ..nak beli baju  sekolah anak-anak lak....Tengahari nak kena keluar cari kat Bee Loon ( tempat popular jual baju sekolah di Melaka).

Pagi tu lak ..mak aku ada pertandingan memasak Pecelis Nenas antara daerah-daerah Melaka. Tadi pagi dah cari  bahan gubahan untuk letak Pecelis tu..

Sebenarnya mak aku tak tahu masak Pecelis Nenas tu..yang tahu mak mertua aku...hehehehehe. Mereka dua pakat, kalau menang bahagi dua hadiah...hahahahhahaha.

Hari Selasa pula, mak mertua aku ada family day persatuan kampung dia, bersantai di pantai Kundur. So mungkin aku lepak sana juga hari Selasa.

Hari Rabu ..kerja..huhuuuhu. Sibuk aku kan....hehehehe
Moral cerita ini, kalau cuti sure banyak aktiviti da duit habis,,,,,kikikikikikik.

Walau apapun selamat bercuti untuk semua yek...
Rakan blogger semua apa plan cuti ini....

Share:

23 comments