Selebriti paling dicari di Yahoo! - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Selebriti paling dicari di Yahoo!

hanifidrus
Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) merupakan item yang paling dicari manakala selebriti Kim Kardashian dari AS ialah orang paling dicari di Yahoo! untuk tahun ini, kata enjin carian internet berkenaan semalam.

Perkataan pilihan raya mengungguli senarai pencarian di Yahoo! hasil liputan besar-besaran oleh pihak media di samping perbincangan meluas topik tersebut di platform-platform media sosial. Perkataan 'pengundian politik' berada di tempat kelapan senarai 10 teratas pencarian Yahoo$21 sepanjang tahun ini.

"Pilihan raya 2012 mendominasi carian di internet dan ia menakjubkan kerana jika sesuatu itu menjadi tajuk berita, orang ramai tentu sudah maklum mengenainya tetapi topik tersebut terus menjadi perkataan utama yang ditaip di laman web Yahoo! sepanjang tahun ini," kata penganalisis trend Yahoo!, Vera Chan dalam satu persidangan video.

Menurutnya, hanya dua laporan berita lain pernah pengungguli senarai tersebut sejak sedekad lalu iaitu laporan kematian Michael Jackson pada 2009 dan tumpahan minyak BP pada 2010. iPhone 5 berada di tempat kedua senarai berkenaan yang disifatkan oleh Chan sebagai satu keputusan menarik. Katanya, walaupun iPhone sentiasa berada dalam kedudukan utama senarai carian Yahoo! sejak 2007, ia adalah kali pertama sesuatu model spesifik seperti iPhone 5 menduduki antara tempat teratas senarai itu.

Menurutnya, ia berlaku selepas kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs. Berada di tempat ketiga senarai yang sama ialah Kardashian yang juga merupakan orang paling dicari di laman web Yahoo!.

Kardashian mengungguli enam wanita popular yang berada dalam 10 teratas senarai tersebut termasuk model Kate Upton, anggota keluarga diraja Britain, Kate Middleton, penyanyi Whitney Houston dan Lindsay Lohan. Ujar Chan 'kenakalan' Kardashian yang antara lain melibatkan kisah perceraian dengan bekas suaminya, Kris Humphries dan hubungan cinta selebriti itu bersama bintang rap, Kanye West telah membantu mengekalkannya sebagai orang paling dicari menerusi Yahoo! Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2E3ME2FwP Hakcipta terpelihara

10 comments:

hainom OKje said...

Confirm lelaki yg cari ni

Mar Haini Abdul Rahim said...

kim kardashian.. teringat cara nabil sebut ~ keeping up with the kardashian haha.
*den xkonal pon sapo la ni ^^

Asmar Arafad said...

tak tau pulak

Asmar Arafad said...

tak tau pulak

boni kacak said...

wah..lain betul apa yang dicari dengan kat google kan

Mira Adzlia said...

hohoho....rmi yg minat kim kardashian nih

Remy hazza said...

betul ckp hainom tu...... he3

afzalsukasuki said...

aku kalau bukak gugel benda alah yang aku cari adalah resepi

*boleh caya ke mamat nih??puih!! :P

siti fatimah said...

tau le kenapa dorang cari dia ni. dia ada aset yg sempoi...

MaMa Rey said...

peminat ramai.kotroversi banyak saham pn naik