Tengkorak 'makhluk asing' ditemui - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Tengkorak 'makhluk asing' ditemui

2012 Tahunku Yang Kacak
Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin. Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.

Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia. Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico. Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala. Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak. Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat. Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico

6 comments:

boni kacak said...

dah macam kepala alien dalam filem tu dah..sejibik! haha

wantie said...

betul ke ni? betul ke wujud alien? dah le tu jumpa kat bumi pulak.

jgn jgn ni tengkorak manusia yang cacat ke apa ke. membentuk mcm makhluk asing.

ntah le kan..

Haryati Faizal said...

camtu ke?

Mrs Velentine said...

ini betul2 atau main..hehe

ayut said...

berita ni semalam ada tnampak..tp xsure kat mne...huhuhu

Remy hazza said...

nampak sebijik cam dlm cerita hollowood tu.....