2012 Tahunku Yang Kacak
Pencinta haiwan di Singapura akan dibenarkan merakamkan kesedihan atas kematian binatang peliharaan mereka di akhbar utama negara itu tidak lama lagi.
Disiarkan di bahagian khas akhbar, iklan itu mula terbit di akhbar Straits Times edisi Ahad, 16 Disember ini.
Singapore Press Holdings (SPH) berkata, bahagian Pets Corner iklaneka itu setakat ini menyiarkan kolum untuk mengambil haiwan sebagai anak angkat serta ruangan mengesan haiwan hilang. Bagi merakamkan takziah atas kematian haiwan, pelanggan perlu menulis mesej tidak lebih daripada 30 perkataan.
“Ia disiarkan secara percuma, tertakluk kepada ruang yang ada,” kata SPH. Bagaimanapun, pelanggan boleh menyiarkan mesej itu berserta gambar dengan ‘harga diskaun’ S$50 (RM125).