Universiti ketawa akan dibina di India - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Universiti ketawa akan dibina di India

hanifidrus
Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India.
Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan.
Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu.
"Dalam tempoh tiga bulan, kami akan memulakan kerja-kerja pembinaan dan menjelang tahun 2013, kami akan mengendalikan universiti itu.
"Kami mahu membina sebuah ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa di seluruh dunia," katanya.
Beberapa kajian mendapati ketawa boleh mengeluarkan endorfin iaitu bahan kimia dalam otak yang baik untuk kesihatan.
"Ketawa merupakan perkara paling sihat yang boleh anda lakukan. Ia merupakan ubat yang terbaik," katanya.
Kataria berusia 58 tahun dan dia menjadi inspirasi penubuhan ribuan 'kelab ketawa' di India dan seluruh dunia termasuk di Beirut dan Berlin.
Dia juga mengendalikan sesi ketawa di sekolah, penjara, hospital dan rumah untuk orang tua.
Beberapa tahun lalu, Kataria yang juga seorang doktor perubatan pernah memberitahu di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bahawa senaman yoga ketawa boleh membantu negara itu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.
Dia mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan di Mumbai.
Menurutnya, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan.
Seorang doktor di Klinik Mayo di AS, Amit Sood berkata, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki proses penghadaman


9 comments:

Remy hazza said...

HU3.... nak try apply lah!!!!

Ash Give said...

RM761366 je nak buat uni.. muranya..ketawa jom hahahaha

Haryati Faizal said...

sesuatu yg menarik!

kaishin said...

muka ketat rezeki pun susah nak masuk kan..

fatin amalina husna said...

kat sini x perlu dah buat uni mcm tuh..setiap hari ada je lawaknya..haha..=D

miz ruha said...

jom ketawa.... hahahaha.... :D

Che Rosliza Che mat said...

kikiki pelik pulak universiti ketawa pun ada...

hainom OKje said...

Org yg serious tak leh masuk ni....confirm failed!

siti fatimah said...

jgn ketawa sampai mereng sudahle ye..