UTC Melaka - BSN Mengecewakan


UTC Melaka BSN
UTC Melaka BSN
Salam satu blogger. Semalam  iaitu pada tarikh 9.12.2012, aku pergi ke UTC Melaka untuk buat kad pengenalan baru dan tukar Kad BSN yang luput tarikh.

Operasi pembaharuan kad pengenalan semuanya berjalan dengan lancar. Tak sampai 30 minit semuanya selesai. Terbaik untuk JPN. Tabik untuk kakitangan Jabatan Pendaftaran Melaka yang bekerja keras melayan pelanggan yang tak putus-putus walau pun Overtime di hari minggu.
Kerja aku selesai dalam hanya 30 minit sahaja.

Bila aku pergi ke BSN pula, suasana amat berlainan, sunyi sepi dan bila kau nak tukar kad Bank aku, pekerja di sana beritahu teller keluar makan. Ok that find..

Lagi satu jam aku ke sana, masih makan lagi. Kena tunggu lagi, pada fikiran aku apa fungsi lagi seorang kakitangan Bank Simpanan Nasional tersebut yang tidak tahu menjadi teller. Adakah BSN tiada pekerja yang multitasking dengan mengharapkan seorang kakitangan sahaja.

Dari pukul 2.30 hingga pukul 4.00pm masih makan lagi. Ini benar-benar OT iaitu  OhhhhTidur!! oleh kakitangan BSN UTC Melaka.

Aku dah mula resah sebab aku ada 2 lagi urusan tak selesai. masa menunggu ada juga mangsa-mangsa keadaan yang lain. Semuanya menunggu. Bila tanya pada seorang pekerja , jawapan yang sama. Masih makan.
Aku mula tertanya lagi, zaman sekarang kan dah ada handphone, call ajer ler kata customer ramai yang datang.

Lepas tu aku tanya rehat berapa lama. Minah kat kaunter tu beritahu rehat 1 jam setengah sebab mereka kerja dari pukul 9.00am hingga pukul 10.00 malam.
Aku mula tertanya lagi, adakah 1 jam setengah tu melibatkan satu kali rehat atau 3 kali rehat?

Masa termenung aku ternampak no telefon Ketua Pengarah BSN Melaka. Apalagi aku sms Ketua Pengarah BSN Melaka yang tertera namanya di kaunter BSN.
Tak sampai 5 minit, telefon kaunter BSN berbunyi. Pengarah dia telefon ler tu.

Kelam kabut minah kat kaunter tu. Selepas 15 minit baru sampai teller multitasking BSN tu dalam pukul 4.15 pm. Terhegeh-hegeh melayan customer.
Terima kasih kepada Ketua Pengarah BSN Melaka yang bertindak pantas.!!!

Akhirnya pukul 4.30 petang selesai urusan yang sepatutnya selesai awal lagi!!!
Aku rasa rugi ajer BSN buang duit bayar duit OT pada pekerja yang tidak boleh bekerja.
Letak 2 pekerja tapi yang boleh bekerja seorang sahaja.

Dan sikap tanggungjawab pekerja BSN amat rendah sekali, padahal teller tu sudah tahu hanya dia sahaja yang mampu buat kerja tersebut apa salahnya kalau dia makan kantin bawah sahaja dan cepat-cepat naik.

Saya nasihatkan pada BSN, kalau tak ada kemampuan untuk melayan pelanggan. Buat apa kasi kad ATM tu ada expired date!! Panjangkan lagi tempoh tu supaya pekerja awak boleh berehat.

Lagi satu, ujudkan multitasking job untuk semua pekerja BSN iaitu mampu membuat beberapa kerja. So anda tak berharap sangat pada satu pekerja ajer. Ini perkara dah berpuluh tahun syarikat Jepun amalkan. Sebab tu BSN hanya dilanggani oleh pekerja kerajaan sahaja.

Lagi satu fungsi UTC adalah memudahkan rakyat, tapi jika BSN bayar OT pada pekerja tapi nilai bayaran tu tak setimpal. Baik beritahu dengan Datuk Seri Ali Rustam anda mahu tutup cawangan tersebut.



Share:

26 comments