10 Tanda Anak Anda Gay - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

10 Tanda Anak Anda Gay

hanifidrus
Berikut adalah tanda-tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu-bapa untuk melihat jika anak lelaki mereka adalah gay atau sebaliknya:

1. Bila tiba masa kenduri-kendara, terutama kenduri kahwin, anak lelaki ini lebih senang menghias pelamin dan menggubah bunga telur daripada berpanas terik untuk menyiapkan khemah ataupun mengumpulkan kayu api seperti lelaki-lelaki lain. Kalau dia ada jugak di celah-celah lelaki tersebut, cuba perhatikan yang anak lelaki tersebut lebih banyak menghabiskan masa melihat lelaki-lelaki kampung tu, daripada mengangkat kerusi ataupun tiang khemah.

2. Bila nak tiba musim raya, bila tiba masa nak belikan kain kosong untuk buat baju melayu ataupun baju kebaya maknya, anak lelaki ni lebih selesa bercerita tentang fesyen kebarung terbaru dengan kain organza (hello, akaq-akaq jer tahu apa itu kain organza, occay!) dan lain-lain berkenaan dengan citarasa wanita, sedangkan si ayah hanya dibelikan kain kosong dari Kamdar aje.

3. Bila kadang-kadang terdengar perkataan-perkataan 'sesuatu' dari mulut anak lelaki ini (terutama dalam telefon, bercakap dengan kawan-kawan, mungkin terpacul perkataan "mak" ketika dia membahasakan dirinya). Jadi para ibu, janganlah cepat perasan yang anak lelaki ni memanggil si ibu, itu cuma kata ganti nama pertama untuk anak lelakinya itu.

4. Anak lelaki ini akan mengatakan yang dia lebih mementingkan career dari segalanya - apabila ditanya bila nak kahwin sedangkan umur dia dah masuk 40 tahun. Ye lah, lelaki heteroseksual mana yang tak ada nafsu nak kahwin, ye tak?

5. Bila anak teruna ni silih berganti membawa pemuda-pemuda atau budak-budak lelaki ke rumah (balik kampung). Dan kalau diamati, mereka (kawan-kawan) yang dibawa bersama mempunyai ciri yang serupa - kulit yang gebu terjaga, dandanan rambut kemas, selipar/sandal yang serupa, baju yang agak sempit dan lengan yang agak pendek dan pertuturan yang sedikit serupa.

6. Anak lelaki teruna lebih senang bercerita tentang hiasan dalaman, salon kecantikan, tempat urut mengurut untuk lelaki… daripada bercerita tentang, pasukan bola sepak atau Liga Perdana Inggeris.

7. Kalau tengok TV, kalau ter"flick" channel yang ada perlawanan bola, dia cepat-cepat menengok rancangan lain seperti Nona.

8. Kalau balik ke kampung, perhatikan bag toiletries yang dibawanya bersama. Sudah pasti, terdapat pelbagai jenis tabung-tabung mekap dan pelbagai jenis alatan untuk dandanan. Paling pelik, kalau dikumpulkan semua tu, sudah tentu boleh membuka satu kaunter mekap.

9. Jenama-jenama barangan seperti DKNY, Ferragamo, Prada, lebih mudah mereka tuturkan berbanding dengan nama-nama anak saudara mereka sendiri.

10. Kalau sesekali balik ke kampung, tentu dia akan membawa "teman wanita" untuk mengaburi mata emak dan ayah. Tapi belum pun sempat nak duduk, dia telah membuka kata-kata bertanyakan siapa anak-anak bujang yang baru menyewa di sebelah rumah. Atau bertanyakan, anak bujang jiran yang sudah lama tak kelihatan.

Jokes Hari Sabtu......Selamat merehatkan badan!!

23 comments:

aQu Mad said...

gay ? oh tidakk..

3no gr33ny said...

boleh diterima akal juga nasihat tuan hamba untuk tahu helah-helah kaum sebegini yer..huhu

Sifu wan said...

Salam bro
Satu lagi ciri untuk jenis ini, mereka lebih mahir tentang resepi-resepi terkini berbanding kakak mereka atau adik perempuan. Pendek kata, kecenderungan mereka di dapur memang terserlah.

Sifu wan said...

Salam bro
Satu lagi ciri untuk jenis ini, mereka lebih cenderung di dapur berbanding dengan saudara-saudara dia yang perempuan.

Nadia Johari said...

pergh..hahaa..

amier faiz said...

oh begitu rupanya..:) hhuhu terkejut mak.hehe

BaNu Syah said...

haha lengkap tu

M'Rie R'Nie said...

Kurang bersetuju dengan Sifu Wan. Sebabnya bukan semua lelaki yang suka memasak itu Gay. Saya sendiri pun suka memasak..sebab dari form 1 lagi saya dah belajar memasak dengan arwah mak saya. takkan itupun dikatakan GAY? and dah 13 tahun saya memasak.

Lagipun kebanyakkan chef2 di hotel ramai lelaki kot. takkan depa pun kita nak kata GAY? Tak logik disitu.

lainlah kalau seperti yang dinyatakan oleh abe Hanif tu boleh la diterima akal. Tapi bab masak sorry saya tak setuju sama sekali. Bila mana seseorang lelaki yang suka masak dilabel GAY. Lelaki GAY tak semestinya pandai masak. Yang badan otot berketul2 tu masuk akallah....

kadang2 penampilan tak mencerminkan keperibadian seseorang. NAFSU tett manusia ni biasanya boleh disembunyikan.

apa2pun saya tetap bangkang bila orang kata lelaki yang pandai masak ni GAY.

HooToh TuDia said...

suka warna pink dan buah kegemaran adlah pisang

Cik Rongoks Ika said...

gay ? errr

baby comel said...

Lalalala.. Gay ahaks.. Wa nk lelaki melayu tulen :) kehkehkeh

MawardiYunus said...

hahahaha mana dpt ni bro ngeeeeeee

MaYa MustWany said...

cnderung ke arah nyah? mcm cerita astro ria.. 'mahat' to 'manis' aww

Hanif Idrus said...

Hihihihi....jokes santai...
Tapi bab msk tu saya pun kurang setuju....walau pun tak reti memasak...

normi nieza said...

singgah bw cni..:)

hainom OKje said...

Nasib tak ada tanda tanda kat atas tu....

wantie said...

ada ustaz pesan. kita selalu kena remind anak " awak tu lelaki". orang lelaki tak mcm ni tak mcm tu.

kena selalu sebut lelaki lelaki lelaki kat mulut. Ini bertujuan membenarkan otak anak anak set di dalamnya yang dorang tu lelaki.

sebab perkara ni terjadi kerana kesulitan otak untuk menentukan jantina sebenar mereka. dorang confuse.

hmm.. ingat mudah ke jadi parent kan..

the tempo of life said...

ini lelaki lembut., tapi harus ingat , lelaki lembut tak semestinya gay. lelaki lembut juga ada naluri nak kahwin dgn pmpuan biasa. biasanya lelaki sperti ni dh normal macam tu. mereka tanak jd camni, cuma kadang2 tu terlembut sikit.

lelaki mcm ni bagus sebab depa kemas, rapi dan pembersih. tapi jangan dilayan sgt perasaan lembut

Remy hazza said...

pancaroba dunia anak2 zaman sekarang...... segalanya bermual di rumah...kalau betul asuhan dan dorongan...insyaAllah.... baik lah anak tu nanti....

Mentari Minda said...

simpang2 laaa yer...amit..amit..

angah bro said...

Nasihat yang paling merepek pernah Aku bace setakat ni

Anonymous said...

Ni bukannye ciri2 gay, ni ciri2 mak nyah, and bukn sume maknyah tu gay, most of them yes but not all, ... wrong context...

Anonymous said...

good point.. sy ramai mber yg jadik gay ni..sejak dri zaman blajar lagi...obviously.. tp skrg ..masa dah masuk alam kerja.. sy tgok berubah dah.. kdg2 x sngka diorg nih gay..cth : dah kawin..ank dh besar2..rupenye menagih lelaki..almk!! xpn ada yg biase2 nih..penampilan biasa..tutur kata biasa..langsung xde ciri2 diatas.. opposite.. tp..rupe2 gay.. kesian jugak kpd awek2 diorg.. bini diorg.. ank2 diorg.. yg mana x sngka..boifren, ayah, suami, anak lelaki, adalah GAY... hurm..