hanifidrus
Salam satu Blogger. Tahniah buat Anne Ngasri hamil setelah sebulan bernikah...
Ini kita namakan bunting pelamin..hehehehehehe

Selepas sebulan mendirikan rumah tangga dengan Mohd Sumali Reduan, dramatis popular, Anne Ngasri mengakui dirinya mengalami tanda-tanda hamil.

Menurut Anne, dia sering mual dan loya sejak kebelakangan ini.

Namun, pengacara program SIS ini masih belum membuat pemeriksaan bagi mengesahkan keadaannya sama ada berbadan dua atau tidak.

Anne bagaimanapun berharap rezeki berpihak kepadanya dan suami untuk menimang cahaya mata.

Tapi sebagai wanita yang pernah berkahwin dan mempunyai anak, sure Anne dah boleh agak dah samada dia dah berbadan dua atau tidakkan? Aku hendak mengucapkan tahniah pada beliau...