Asiahost Domain Dot.my Buat Hal

asiahost
Salam Satu Blogger. Semenjak aku pakai domain dot.my aku memang kagum dengan kecekapan pihak mereka menyelesaikan masalah pada mula-mula aku hendak daftar dengan domain ini.

Semua mereka uruskan. Tetapi pada 26.01.2013 aku tak boleh akses blog  domain dot.my aku ini hingga hari ini. Anda kena tak?

Disebabkan ini aku tak dapat akses ke domain aku yang aku jadikan sebagai platform semua bloglist aku.
Bila aku pergi ke Asiahost home page rupanya dia tengah upgrade sistem DNS dia. Aku pun tak tahu apabende tu!!!

Dan kat homepage dia tulis macam kat bawah ini..

Greeting to All our Customer,
 We just move our DNS server to bigger size and CPU Usage. From this migation, your Web should not having no problem and all problem you are fasing right now is because our DNS ISP taking to long time to resolve the DNS. if you want faster DNS, you can change to Google DNS and here i attach tutorial to change your DNS to 8.8.8.8 and 8.8.4.4

Disebabkan perkara ini secara tak langsung ia telah mengganggu trafik dan masa aku.

Aku sebenarnya mempunyai sistem untuk ronda semua bloglist. Setiap hari aku akan blogwalking sekurang-kurangnya 20 blog sehari.

Dalam seminggu secara berperingkat aku akan dapat blogwalking semua senarai bloglist aku yang beratus-ratus!!! Dan kini aku terpaksa kejar masa untuk blogwalking semula...

Dan kemudian aku akan blogwalking melalui komen-komen dientri. Tapi jika aku dah blogwalking blog mereka melalui bloglist aku.  Aku tak payah lagi klik ke sana.

Sebenarnya 98% dari komen di entri aku datang dari senarai bloglist aku. Jika ada rakan baru komen dientri aku secara automatik aku masukkan ke bloglist aku.

So aku hanya perlu blogwalking di bloglist sahaja pun mencukupi.
Dengan syarat mereka updated blog mereka dengan entri baru ler....hehehhehe.

Lagi satu, kalau Sabtu dan Ahad aku blogwalking pakai smartphone aku. Ianya lebih mudah aku blogwalking melalui bloglist berbanding klik satu persatu dikomen box.

Aku pun tak tahu bila aku akan dapat akses bloglist aku ini, nasib baik aku pergi ke homepage Asiahost dan terbaca newest information mereka.

So tadi aku hantar open ticket kepada mereka.
Aku rasa Asiahost perlu perbaiki sistem informasi mereka dengan lebih baik lagi, kita bukan selalu buka homepage Asiahost dan lihat akaun kita.

Sebenarnya kita tak akan pergi pun ke laman Asiahost kecuali nak buat pembayaran tahun hadapan ..hehehehe

Sepatutnya pihak pengurusan gunakan e-mail address yang telah kami berikan pada mereka dan e-mail kepada kami selain membuat pengumuman di homepage mereka sahaja.

Aku memang nak komplain kepada pihak pengurusan Asiahost ini . Hantar open ticket dan berikan cadangan ini.. Kacau daun betul ler dia orang ini!!!
Aku tengah marah ni...hihihihihihih.

Inilah salah satu sebab aku tak tukar blog utama aku kepada domain. Sebab-sebab sebegini  ler. Aku pun masih tak faham sistem domain ini dan cara pengurusan mereka ini.

Walau apapun aku anggap ini sebagai satu proses pembelajaran kalau masa akan datang aku guna domain atau hosting sendiri..

MINTA MAAF PADA SEMUA RAKAN BLOGGER AKU TAK BLOGWALKING ANDA SEMUA. NAMPAKNYA AKU TERPAKSA BLOGWALKING MELALUI KOMEN ANDA DI ENTRI SAYA.






36 comments

tak kisah bro...remy setia menanti....he3

Betul..saya sokong 100% entry ni. Sebab sepatutnya mereka hantar email. Memang tak lah nak pergi buka website mereka setiap hari, kalau dalam sebulan mungkin sekali. Susah sangat bila ada problem macam ni. Kurang efisen mereka menangani masalah. Ramai yang kecewa.

Cuba tukar Google DNS...
AJ buat siang tadi, so far boleh je bukak blog dot my ni.... =D

http://ayuejean.blogspot.com/2013/01/penyelesaian-kepada-masalah-dot-my.html

Sebelum ni nieza pakai domain dot com..tak timbul langsung pasal blog tak boleh bukak..sepatutnya asiahost inform dulu sebelum buat..takde blogger semua bising..dengar skarang ni tengah tunggu pihak ISP (telekom,celcom,maxis etc) setting DNS diaorg pulak..ada cara kalau kita nak view..setting DNS kat lappy buat sementara waktu..tp tak guna jugak sebab ramai blogger tak boleh masuk blog..

Tetiba rasa menyesal tukar..harus ke berbalik pada dot com?? Huhu

sebab tu sy keberatan nk tukar ke domain. tgk kwn2 yg guna domain sendiri ada je masalah..hmm blogspot selamanya. huhu

Banyak blog yg efek... Dari entri blog yg efek ada menyalahkan penyedia domain yg menggunakan perisian yg illegal. Xtahu lah...ambe xpandai dlm bidang ni.
Sabarlah tuan, pasti ada kebaikan di sebaliknya...

perasan jugak dengan masalah nih bila melawat kawan2 yg berdot my nih tadi...

trafik jatuh truk nie... alahai, bilakah mau pulih

salam abe. sy pun salah seorang mangsa asiahost ni. kejam betul mrka ni. sy pun ada buat entri ttg masalah ni di blog saya. skrg sy kembali guna blogspot.com aje...serik dah tukar ke dotmy. perasan tak pengumuman asiahost tu ada byk 'grammar errors'? maklumlah kan sbg guru TESL sy x boleh terima kesalahan ini. Ini menunjukan ketidakprofessional mrka. huhuhuhu

Sy pn guna .my jugak..sabar dulu..bg masa kat asiahost lg.kalu mgu dpn x ok gak..tkr blogspot balik..huhu.

ada kebaikan dan keburukannya domain dot com nih..

blum tergerak hati nak tukau

btul2..sume pngguna domain.my blog dia mmg xboleh nk buka..xtau la smpai bila boleh settle..ksian pada blogger yg x boleh buka blog dia..

baca blog orang lain pun org lain ada masalah yang sama jugak. kenapa erk? adeh. tak per laaa abam hanif. kalau citer kat salam 7 kturunan pun belum tentu faham hihihihi

mad nak jengah blog yg pakai domain dotmy pun tak boleh bukak blog diorang.. adeh..

Assalamualaikum abg hanif! ohh sheila dah hantar ticket dekat Asia host. dah seminggu belum update lagi. tak sabar nak pakai domain balik. hehehe

baru perasan bila bukak webmaster tadi ade link blog saya dalam hanifidrus.my.ingat baru tukar domain rupenya blog untuk bloglist..heh

sepatunya sebelum mereka tawarkan sirves mereka patot upgrade.. ne da ramai yg tukar baru nak upgrade.. memg menyusahkan saya pun da tukar kepada blogspot balik.. serik da... bloglist pun kena update balik.. huhuh

Sebab tu trafik aku merundum rupanya ramai yang blog tak ler buka..hehehehhehehe.
Nasib baik!!

owh..macam tu rupanya cara ko bw..aku pun bw ikut komen dan bloglist aku gak cuma bloglist aku xde laa sampai beratus..dulu igt nak buat asingkan gak bloglist ngan blog sendiri tapi sebab time takde so aku baikan jer la hasrat aku tu..hehehe

Regards,
-Strider-

tergendala seketika utk berjalan2x.. :)

tak reti lah nak tukar2 ni, nak join contest pun terkial2 lagi, inikan pulak nak tukar2 seme ni. haha...

ha.. molek le tu guna laternatif lain la pulak

betul lah brp ari dah tak bley nak BW kat blog yg ada dot.my ni...

wah... nampaknya tak lama lagi sebaris ngan ben Ashari ni...he..he...

mmg betul..semua yng gune .my xleh buka..haishh..nsb hanif gune domain tu tuk bloglist je.

owh..padanlar ada sorang member blog nih ckp dya pon ada masalah yg sama..

xpa2..bila2 masa pon bleh terjah..=D

sy tgk ramai jugak pengguna dot my yg dah tukar balik ke blogspot....tapi sy rasa mcm susah pulak dari segi alexa dan webmaster pasal akan dikira dibawah blog yg berlainan...jd kalau lah sampai tahap yg melampau mmg sy akan tukar jugak ke blogspot...bukan utk sementara tapi utk selama-lamanya...

kalau nak pasang domain pasni rasanya nak kena beli dgn company luar je lah...tak konfiden dah dgn company malaysia ni...huhu

lama x singgah sini...kebusyan melanda...apa pun..take ur time kalau sempat nak BW kat blog SA...hehehehehe

itulah .. nak bukak tak dapat.
hehe..
lepas ni ok la tu kan=)

assalamualaikum hanif...anak mama pun kena juga mcm tu...:)

patut laaa tak boleh bukak....jangan marah dulu bro....mungkin depa tengah upgade kot....bagus laaa kalau depa upgade...

bro nanti ajar aku buat bloglist guna domain .my tu...yer apa nanti aku msg bro di google+

samalah alih2 saya tukar ke blogspot..oh ya link entry GA pun saya tukar ya

hari ni dah oke kan.. huh sib baik masa dorang tgh upgrade ni NR pun tgh cuti.. so tak perasan sangat.. tapi bila cek visitor.. sedih :(

Same la kite, problem jgk kdg2..tp skrng macam dh pulih dah.. xde dah problem.