hanifidrus

Salam satu Blogger. Pertamanya aku mengucapkan terima kasih pada rakan-rakan seperjuangan blogger-blogger yang telah menjoinkan diri dalam Giveaway aku ini. Kepada sesiapa yang belum join boleh ler join HanifIdrus Giveaway 2013 Segmen ini...hehehehehhee.

Ramai rakan-rakan baru telah join segmen ini dan ini sudah tentu secara tak langsung aku dapat melebarkan networking dunia blogging aku ini. Manakala rakan-rakan lama sentiasa memberi sokongan dengan bersama-sama join giveaway ini. Thank you very much..iskk speaking lak...hahahahha.

Selain itu aku, ramai rakan-rakan tahu aku mempunyai satu blog khas untuk aku blogwalking ke rakan-rakan blogger yang selalu  updated entri mereka. Dan itulah sebenarnya kunci blogwalking aku. Dan sejak minggu lepas selepas aku menukar domain bloglist aku kepada http://www.hanifidrus.my/ semua senarai bloglist aku lesap.
Memang cukup menyedihkan dan kini aku dalam proses mengupdated semula semua URL kawan-kawan melalui kotak komen anda.

Sudah tentu makan masa kerana aku perlu klik satu persatu. Lepas klik ia akan pergi ke Google + atau blogger profile anda dan kemudian kena klik ke laman web anda. Lepas tu kena copy ke bloglist aku lak. Satu URL untuk dimasukkan ke bloglist memakan masa agak lama. Sudah tentu semasa dalam proses ini terdapat  rakan-rakan yang aku tertinggal URL mereka.

Jika ada sesiapa nak aku letakkan URL mereka di bloglist aku.  Aku akan terus letakkan URL anda.
Sesiapa pun boleh minta letakkan URL mereka diletakkan di bloglist saya, NO PROBLEM tapi dengan syarat jika anda tidak updated dalam 2 bulan . Automatik akan dikeluarkan...hehehhehe.
Itu sahaja syaratnya.....very simple...

Pada masa yang sama anda akan memperolehi backlink dari bloglist aku ini juga. Yang penting aku dapat baca entri-entri terbaru anda. Tapi jika anda baik hati untuk exchange bloglist aku alu-alukan juga...kikikikiki. Untuk peserta-peserta Giveaway saya akan letakkan sekaligus nanti yek. Sekarang belum letak lagi.

hanifidrus
Berkenaan Giveaway aku ini, salah satu tujuan aku membuat Giveaway ini adalah untuk menambahkan rangkaian URL blogger dalam bloglist aku ini dan penghargaan kepada blogger yang terulung dengan jumlah komen yang tertinggi.

Jangan kata, saya blogger baru takkan mungkin saya akan dapat jumlah komen tertinggi dalam giveaway ini.
Ini bukan soal samada anda blogger baru atau tidak, ini persoalan samada ada anda rajin blogwalking tak? Jika anda blogwalking ke semua nama peserta Hanif Idrus Giveaway yang tertera di sebelah side bar sudah tentu jumlah komen anda akan meningkat kerana kunjungan anda pasti berbalas.

Jika anda join sesuatu segmen atau giveaway tapi langsung tidak blogwalking ke peserta-peserta giveaway atau segmen. Sudah tentu jumlah komen anda menurun. Itu logiknya saya membuat giveaway ini.
Tujuan giveaway ini adalah memberi  semangat kepada semua rakan blogger agar berblogwalking sesama sendiri dan pada masa yang sama anda akan memperolehi rakan-rakan baru.

Aku pula dapat apa yek...hehehehhee. Aku pula sudah tentu mendapat backlink dari entri yang dilinkkan ke entri aku ini.
Kan Google nak updated Pagerank hujung bulan January ini...hehehehhehe.
It a win-win situation.
Thanks all....