Boss Besar Pindah Rumah

hanifidrus
Boss Besar Yang Ikat Kepala Tu
Salam satu blogger. Semalam seawal 8.00am aku dah berada di depan apartment boss Jepun besar aku.
Bersama aku ialah dua boss aku yang lain. Sebab boss besar aku nak pindah apartment lain.

Boss besar aku minta tolong. So sebagai pekerja dan rakan yang baik... Aku tak sanggup nak menolak permintaan beliau....hihihihi.

Lagipun 2 boss aku pun nak tolong. So aku tak sampai hati.
Nasib baik barang tak banyak. Paling berat pun tilam. Mengekik aku memikul tilam dia tu..

Boss besar aku ni bujang terlajak. Sebab tu barang dia tak banyak sangat.

Masalah utama ialah lif....adusss...apartment pertama lif tu punyalah kecil. Kalau ikutkan kesasaan aku ni, mahu ajer aku naik turun tangga pikul barang sampai tingkat 12 tu..

Tapi aku kasihan lak tengok boss aku tak larat ikut ketangkasan aku ni...hihihihi. So aku layan ler naik lif kecik tu.

Selepas punggah barang ke lori. Kami ke apartment seterusnya. Kali ini tingkat 18 lak..
Nasib baik lif dia besar...so boleh lambakkan barang kat dalam lif.
Kali ini tak mencabar sangat ler sebab ada pak guard tolong jaga pintu lif...hahaha.

Lepas puji sikit-sikit kat boss besar aku apartment dia cantik, berangin, sejuk dan ayat-ayat pembodekan yang sewaktu dengannya...

Aku dengan boss satu lagi pakat ajak dia minum-minum aka makan...hihihihi.
Singgah minum kat Old Town. Kalau Old Town wajib pekena white coffee dia. Aku makan roti bakar ajer sebab pagi tadi dah sarapan...

Lepas makan..kami bye..bye...dan aku pun balik rumah.Tamat.

Jangan kau orang ingat aku bodek lak. Ini ikhlas membantu ini....
Ini mungkin hari dia..tiba hari kita..bukan 5 orang tolong tapi 10 orang tolong. Buat baik dibalas baik....
Yalah!!! Kalau bodek pun dalam 10% ajer....hahahahaha.

Share:

16 comments