Cabaran Dan Teknik Menjadi Blogger Bukan Copy Paste

Salam Satu Blogger!!! Fuyohhhh!!!!!! semenjak menanamkan diri  hendak membuat entri original aku mengalami cabaran yang tinggi..hahahahaha.
Sudah bertahun membiasakan diri membuat entri copy paste dari e-paper yang aku baca.
Tabiat lama sukar nak kikis....

Kebiasaannya seseorang blogger yang jenis membuat entri original ini, publish entri seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Itu normal!! Cuba lihat kesemua blogger-blogger yang membuat entri original , itulah kebiasaannya.

Masalah utama "blogger bukan copy paste" ini ialah kebuntuan idea. Apa tindakan yang patut kita ambil untuk atasi masalah ini?

Dan untuk mengelakkan kebuntuan idea, mereka menjadikan satu skop lain  sebagai backup entri.
Tapi backup entri ini  bukan lah diceduk dari berita-berita dan copy terus ke blog..itu masih lagi dianggap copy paste.

Maksud aku ialah entri dari sesuatu pertandingan/ drama yang berpanjangan.
Sebagai contoh mengikuti perkembangan bola sepak Eropah atau Malaysia.

Setiap kali ada perlawanan bolasepak yang baru, mereka mempunyai peluang  untuk skip satu entri dan membuat laporan tentang perlawanan tersebut .
Ini adalah teknik yang biasa digunakan oleh para "blogger bukan copy paste"...hehehehehehe.

Pernah lihat tak..Denaihati pun guna teknik ini..hahahahhhaa.

Buat masa sekarang aku tidak menggunakan teknik ini,
Pertamanya, aku tak suka bola...hehehehhehehe.

Ada ketikanya anda memang betul-betul blurrrrr...bola lak musim dah habis.
Memang tak dapat nak tolong lagi dah...!!!

Inilah gunanya teknik kedua!!

Teknik kedua ialah memaksimumkan penggunaan gadget " Recent Post" atau post terbaru.. Dahulu untuk recent post aku letak 5 entri sahaja. Tapi kini aku tukar kepada 10 entri.
Tiada masalah meletak 10 entri di gadget tersebut kerana kesemua 10 entri itu adalah entri original anda. Betul tak?

Adalah lebih baik memaksimumkan "Recent Post", "Popular Post", "Random Post" widget.
Atau nak umphhh lagi, gunakan aplikasi LinkWithin.

Bila anda tak updated entri  ianya adalah untuk memberi pilihan kepada pembaca anda membaca entri-entri anda yang terdahulu....

Walau apa pun, teknik ini sebenarnya boleh diguna pakai oleh semua blogger terutama pasal gadget-gadget ini.

Memanglah ramai blogger SEO kata jangan letak widget/gadget terlalu banyak kat blog , nanti loading time berat dan hilang backlink TETAPI kita pun kena ingat, ada juga gadget jahat dan baik..hahahaha.
Gadget yang aku sarankan ini ialah gadget baik...hehehehehe.

Kebaikan yang aku dapat menjadi "blogger bukan copy paste" ini jumlah komen yang konsisten dari setiap entri kerana tema satu hari satu entri memberi peluang semua pembaca membaca entri aku ini.

Selain itu penurunan Alexa juga menjadi lagi baik, target hendak turun dari 200,000 telah berjaya.. Aku pun tak pasti samada aku buat entri sendiri tu pasal Alexa turun, tah-tah memang ia nak turun kot..hahahhaa

Tags:

Share:

20 comments