hanifidrus
Salam satu blogger. Selalunya dalam dunia pekerjaan kita selalu diomokkan dilema pekerja Junior yang sukar membiasakan diri dan ketandusan idea dalam penyelesaian masalah.

Ini adalah kerana kurang pengalaman kerja dan sudah tentunya masalah tersebut akan selesai seiring usia pengalaman. That normal.



Tapi pekerja senior juga kadangkala menghadapi masalah terutama apabila membuat keputusan.
Jangan kata apabila kau dah senior, you are good. Tidak!!!!!
Aku sering melihat kecuaian yang dilakukan oleh pekerja senior. Kecuaian berlaku apabila punyai  ilmu yang ada terlampau tinggi hingga lupa yang basic.

Back to basic...itu yang selalu dilupakan pekerja senior atau lama. Sebagai contoh apabila sesuatu mesin itu problem.

Mulalah kita menaksir komponen dalaman itu bermasalah dan membuat pelbagai tindakan.Tetapi yang problem hanyalah fiusnya sahaja...kikikikikiki.
 ika pekerja Junior sudah pasti dia akan check yang basic dulu kan....hihihihihihi.

Inilah dilema kami pekerja lama atau senior ni. Ini termasuk aku yang kadangkala membuat pencaturan salah kerana fikirkan penyelesaian high level.. Kan aku senior mana main pemikiran remeh ini....

Itulah salahnya...kadangkala penyelesaian masalah itu amat mudah sekali.
Kesimpulannya....ialah always back to basic apabila membuat analisis masalah. Fikirkan yang paling rendah sebelum ke arah penyelesaian yang rumit.

Saya rasa ramai kawan-kawan blogger yang sudah bekerja kadang-kadang benggang dengan boss kau sebab ini ler...kikikikikiki.

Sebab boss biasanya pekerja senior atau punyai pengalaman tinggi. Orang lama ni bila dah lama kerja mulalah fikir idea-idea bombastik yang menyusahkan....

Bila aku kutuk pekerja senior ni, aku kutuk diri aku sebenarnya..hahahaha.
Dan entri ini untuk semua pekerja lama......
Tapi bukan semua macam tu tapi yang pasti memang ada.....
Designed By: Hanif Idrus | Templatelib