Header Ads

Extension Tube Makro Manual Stuck Di Lensa

hanifidrus
Salam satu Blogger. Tempoh hari ada membeli extension tube manual untuk ambil gambar makro. Secara ringkasnya ambil gambar makro ialah ambil gambar benda-benda yang kecil sperti semut, bunga dan benda-benda kecik ler.....hehehhehe.

Kalau sesiapa yang ingin mempelajari ilmu makro ini digalakkkan membeli extension tube manual ini kerana haraganya memang cukup murah iaitu RM50 sahaja. Tapi kalau pandai tawar-menawar boleh dapat RM35!!!.

Untuk hasil makro yang menakjubkan anda hanya perlu mengeluarkan modal RM35 sahaja!!! Tapi sebenarnya terdapat banyak opsyen untuk ambil ambil makro ini seprti menggunakan reverse ring atau makro filter. Atau anda mempunyai modal yang cukup tebal kat poket boleh  beli lens makro.

Tapi saya galakkan beginner beli extension tube dulu kerana dapatkan feeling terlebih dahulu dan kalau dah yakin minat kepada makro baru beli yang jenis auto punya.

Tapi satu masalah utama kalau beli lensa makro ini ialah ia mempunyai 'Pin Lock"yang amat mengelirukan. Tempoh hari selepas aku beli extension tube ini aku pasang kat lensa aku, time aku buka extension tube dari lensa tak boleh.

Aku perah sekuat tenaga nak buka ikatan antara lensa dan extension tube, tapi masih gagal Dalam kepala aku ingat dah salah thread. Mungkin aku pasang senget kot..hehehehhee
Hingga satu ketika aku nak guna playar pusingkan benda itu.

Tapi disebabkan aku  ni generasi mati otak iaitu bergantung pada Google. Aku pun surf Google dan mendapati bukan aku seorang sahaja yang hadapi masalah ini.

Dan rupanya masalah ini terlalu mudah iaitu pin lock itu harus ditolak atau turunkan. Kau naikkan pin tu maka ia kunci  dan sebaliknya...

Lahabau betul( mengarut bahasa Melaka). Kalau sekali pandang macam skru pusing, rupanya stopper lock.

hanifidrus


Dan aku bernasib baik kerana sempat menggunakan Google. Dan kebenggangan ini bukan aku seorang sahaja alami malah ramai blogger-blogger lain berkongsi masalah ini. Dan kesemuanya fotografi Mat Salleh atau bahasa standard oversea.....

Dan setakat aku surf, belum jumpa lagi blog Malaysia yang buat entri pasal ini atau hadapi masalah ini.
Adakah aku setanding fotografi profesional macam Mat Salleh tu atau hanya aku satu-satunya orang Asia yang lembab...kikikikiki. Aku pilih yang no satu..hahahahhahaha.

Esok aku download gambar makro.....

 

13 comments

pha is said...

ada member yg minat fotografi.. dulu dia gila makro. sekarang katanya nak cuba area lain plak.. baru2 ni dia ajk outing tepi pantai, sebab nak test filter baru katanya.. saya tak faham sangat. sdang belajar sikit2... hehehe

Remy hazza said...

murah jer makro lence tu ye...nasib baik kamera kechik remy boleh ambil pic macro....kalau tgk pic makanan...itulah hasilnya.....

Mas Zull said...

assalamualaikum hanif...menarik info ni...;)

Hanif Redland said...

Info yang berguna..thanks..

Mimie Najib said...

bagus perkongsian ni.. :)

*nasib tak guna plyar..hihihi..klau tak, apa la jadi ngan kmra tu..

boni kacak said...

nasib baik ada pakcik google.hahahaha

tak sabar nak tgk hasilnya tu

Saya Disini said...

info baru ni

hainom OKje said...

Jangankan camera.... tali camera macam tu pun OKje tak de...ha...ha...

wantie said...

that day ada tanya macro lensenya harga.. mak ai.. tak mampu eden.

kalau duit rumtuh dari langit. mungkin kot. ngeee

ayut said...

tu dia...cara lah...truskn usaha anda! ^^

NURULHANIF said...

perghh.. hebat.. cantik camera..

fatin amalina husna said...

haha..benda baru..mmg lar jakun sikit..=P

wann said...

hehehehe..sabo je la.. :D