Filem Cinta Tapi Beda Cemar Agama Islam - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Filem Cinta Tapi Beda Cemar Agama Islam

hanifidrus
Beberapa kumpulan etnik Indonesia membuat laporan polis mengenai filem terbaru arahan Hanung Bramantyo.

Filem berkenaan mengisahkan percintaan pasangan berbeza agama, wanita keturunan Minang beragama Katolik dan lelaki Jawa beragama Islam yang berusaha mendapatkan restu daripada ibu bapa masing-masing.

Masyarakat Belia Minang Indonesia dan Badan Penyelaras Masyarakat dan Budaya Minangkabau membuat laporan polis atas alasan filem berkenaan mencetuskan rasa benci terhadap etnik Minang.
“Umum mengetahui bahawa kebanyakan orang Minang adalah penganut Islam yang taat tetapi filem itu menunjukkan sebaliknya,” kata peguam etnik itu, Zulhendri Hasan.

Menurutnya, sebahagian besar masyarakat Minang tersinggung dengan dialog yang diucapkan oleh watak heroin yang dilakonkan Agni Pratistha yang berkata, dia gemar makan daging babi berempah, makanan yang haram dimakan penganut Islam.

Zulhendri berkata, Hanung sepatutnya menghasilkan filem antara pasangan berlainan agama tanpa menjelaskan latar belakang etnik mereka.

Beliau menggesa Lembaga Penapisan Filem (LSF) menarik balik filem berkenaan dari pawagam.
Bantahan terhadap filem Hanung bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, filem yang mengisahkan konflik antara pengikut berbeza kepercayaan agama di Indonesia dikecam Majlis Ulama Indonessia (MUI) dan mencetuskan bantahan beberapa kumpulan Islam, termasuk Front Pembela Islam.
Antara lain, bantahan itu berpunca daripada watak heroin dalam filem berkenaan yang menukar agamanya daripada Islam kepada Katolik.

9 comments:

myfreeminded said...

Saje je nak mengutuk agama Islam lah tu.

hainom OKje said...

Nasib masih ada mereka yang beragama Islam lantang untuk bersuara!

Raudzah Zahari said...

Antara Dugaan Akhir Zaman...

iima ❥ said...

xde keje agknye dorg ni

kay_are said...

tak pernah tau pun pasal kewujudan filem ni.. jarang amek tau pasal filem indonesia sebab kebanyakan nye tak bape nak best..

baby comel said...

Pengarah tu islam ke? Ish ish.. Yg nk cerita psl 'babi' tu knp pulak ye.. Pelik pelik sungghh mereka ni. Kan?

Remy hazza said...

bhaya filem nie.... kalau dah menyentuh bab sensitiviti agama.....

wantie said...

memang realiti berlaku perkara ini. Cuma yang selalu kita dengar dorang tak tukar agama tapi duduk sebumbung sebagai suami isteri.

Tapi ini lain sikit sebab dari islam ke katolik. memang filem ni menunjukkan realiti sebenar di mana masyarakat sekarang tak tahu.

memang boleh mencetuskan kontroversi.

Cheq Kaq said...

Tk pernah tengok Dan dengar pasal filem ni..first time ni..mcm2 dh sekarang..kdg2 takut jugak rasenya dengan dunia hari ini..