Header Ads

Filem komedi bajet rendah terlaris di China

Sebuah karya tempatan bajet rendah tanpa disangka menjadi filem China yang memperoleh pendapatan tertinggi sehingga ke hari ini.

Media rasmi China melaporkan filem komedi Lost in Thailand memperoleh kutipan lebih 1 bilion yuan (RM485 juta) sejak ditayangkan pada 12 Disember lalu.

Memetik perangkaan sebuah firma pemantauan box office, agensi berita Xinhua melaporkan kelmarin bahawa filem itu turut mengatasi filem Titanic dalam tiga dimensi (3D).

Karya arahan James Cameron itu merupakan filem asing paling popular di China sepanjang 2012. Menjalani penggambaran di Thailand, filem Lost in Thailand mengisahkan dua ahli perniagaan yang pergi mencari ketua mereka di bahagian utara seterusnya menemui seorang pelancong yang teruja untuk meneroka negara itu.

Lost in Thailand sarat dengan jenaka slapstik dan adegan aksi. Rekod terdahulu untuk filem domestik ialah 726 juta yuan (RM353.5 juta) yang dicatatkan oleh filem Painted Skin 2

4 comments

normi nieza said...

oklah tu..:)

Remy hazza said...

tak siapa sangka kan....
tuah filem.....

hainom OKje said...

Untung mesti banyak ni... rezeki pelakon le dapat bonos banyak!!

wantie said...

tu dia.. kalau filem komedi. 10 kali pun den tonton tau