Gara-gara cuti sekolah yang panjang.

Salam satu blogger. Pada 2.1.2013 bermulalah sessi persekolahan untuk rakan-rakan blogger yang mempunyai anak-anak dan adik2.
Ketika aku menulis entri ini, anak pompuan aku masih tak boleh nak tidur-tidur. Dah naik haus aku membebel suruh tidur sebab esok nak sekolah. Tapi masih juga tak ler tidur!!!!
Ini semua gara-gara cuti sekolah,  mata dah biasa terbeliak jadi musang sampai tengah malam. Bangun lak sampai tengahari. Inilah kesannya..hihihihihi.
Anak aku siap minum susu lagi nak tidur..hahaha.
Lantak kau ler Hanis...jangan besok mama kau kejut..susah nak bangun. Jangan sampai abah pagi-pagi mendengar nyanyian opera mak kau. Boleh kusut aku nanti.....hihihihihi.
Semua ibu bapa pasti lalui perkara ni kan..hihihi

Share:

38 comments