Hanif Idrus Bersara Dari Copy Paste - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hanif Idrus Bersara Dari Copy Paste

hanifidrus

Salam Satu Blogger. Betul!!! Bermula pada hari ini aku akan berhenti mencopy paste untuk entri blog aku. Dahulu aku memang raja copy paste tapi bukan copy paste entri rakan-rakan blogger. Aku copy paste cerita-cerita menarik dari suratkhabar terutama dari berita dunia/global.



Dengan cara ini sudah tentu aku dapat publish 4 atau 6 cerita sehari mengikut turutan 6 jam sekali. Dan sudah tentunya blog aku akan sentiasa di index oleh pihak Google. Dan yang paling penting sudah tentu aku mempunyai pembaca yang kerap datang ke blog aku kerana aku sentiasa updated blog aku....( tidak kira siang dan malam)

Berbanding jika aku updated sehari sekali, so pembaca blog aku hanya akan datang sehari sekali. Tidak mungkin ia akan datang lagi kerana tiada apa-apa entri terbaru untuk dibaca!!! Dalam sehari aku updated 4 kali dan jika dikira seorang blogger datang menjenguk blog aku setiap kali aku updated. Cukuplah jika 100 blogger tegar datang ke blog aku, keseluruhan traffic ialah 400 pageview !!!

Ini belum dikira kebaikan dari Alexa Rank pula, lagi banyak kau buat entri lagi cepat Alexa Rank kau akan turun. Kalau anda tak percaya buatlah satu hari 4 entri dengan hanya copy paste berita sahaja. Lihatlah penurunan Alexa anda yang berpuluh juta tu menurun secara mendadak!!! Aku dah buat semua tu dan aku beri jaminan 200%.

Selain itu aktiviti copy paste aku tidak meyakitkan hati semua pihak kerana aku hanya copy paste dari akhbar-akhbar, bukannya dari blog-blog mereka. So tiada impak untuk aku dicaci maki oleh pihak lain.

Yang paling best, time aku tiada idea, aktiviti inilah yang aku guna pakai untuk updated blog aku. Dengan syarat jika aku tak buat entri ,aku kena cari berita yang betul-betul panas dan kemudian top up dengan gambar dari carian Google selain bergantung pada gambar di keratan akhbar tersebut!!!

So why Hanif you tak nak copy paste lagi..huhuhuuhuu!!!
Inilah cabaran untuk tahun 2013, sampai bila aku nak copy paste? Aku pun dah lama tertanya-tanya pada diri aku. Memang copy paste ini salah satu jalan mudah dan jika dilihat penerangan aku tadi memang bagus sekali. Betul tak?

Kelemahan copy paste ini sebenarnya apabila kau publish  terlalu banyak entri sehari, pembaca kau tidak kesempatan untuk membaca entri-entri tulen kau. Entri tulen dari idea kau!! Itulah yang berlaku pada aku, selalunya jika aku  copy paste 3 berita dari akhbar dan yang terakhir sekali aku akan publish entri aku. Seminggu aku publish 28 entri dan entri tulen hanya 7 entri. Tapi entri tulen aku yang terdahulu semua telah di telah dilangkau oleh entri copy paste aku.

Kedua jika kau publish terlalu banyak entri sehari, entri kau tak berkualiti. Berkualiti dari segi  jumlah komen dan pageview. Sebagai contoh jika kau buat satu entri sehari sekali kau akan dapat 30 komen sehari tetapi jika kau buat 4 entri sehari kau akan dapat 35 komen sehari dari total entri kau. Memang banyak kan? Tapi dari segi kualiti, ianya tidak bagus kerana kau telah pecahkan komen kau dan pageview kau dalam pelbagai entri, lagi-lagi entri copy paste...hhehehehhe.

Yang paling tidak best ialah Google tak suka pada kau!!!! Ya, memang benar dan atas sebab inilah pagerank aku tidak pernah naik..hahahahhahaa.

Walau apa pun aku tak janji....hahahahha.
Cuba untuk maintainkan entri tulen tapi aku kasi pelepasan kalau hari Ahad atau Sabtu mungkin buat sedikit copy paste kot..
Manusia tak boleh berubah sekali gus maaaaa...nanti sakit jantung..kena ubah sikit-sikit...
Janji ada perubahan...

27 comments:

Lelaki Ini said...

hehehe..
gogo chaiyok!

inasazali said...

bg ina xslh klu copy paste..tp klu dh xterlalu byk nk pegi ke stiap link story tu pun dh mls..baca kt dashboard je..

Budak Kampung said...

en hanif...cute la komen awok kat en3 kite.ha nh petua pe ag??tapi mcm bgs nh pengetahuan ni.nk tau x?iman semngt bila terbaca en3 hanif kalau xsilap cra nak naik kan followers 2.iman akan ingt yg hanif bg. Mesti join mne2 sgmn, ga ke, lepas 2 kena rjin bw n komen2.start iman buat 2 alhmdlh berhasil gak.thanks bro..seyes rasa mcm appreciate gile2 kat hanif

normi nieza said...

saya pon sma gak dlu..tp skarang tak kerapa dah copy n paste tu..haha

Razif said...

Bagus tu bro ... copy bahan blh kot, bukan paste bulat2 je

CikZaniff said...

teruskan m'update ye..:)

Rapunzeel Cikilolo said...

selamat berkarya...

ejulz said...

rajin gak ek.. hehe.. sy 1 entry je sehari.. hehe

Taufik said...

sokong Razif, kopi bahan takpa, jangan kopi bulat bulat bahasanya
aku pun byk jugak kopi bahan, tapi dipentaskan dgn gaya tersendiri :)

Aqu Mad said...

conteng la apa yg nak diconteng kat dalam blog ni, yang penting update hehe, dan maklumat. info. tu yg penting. laporan traffik semasa pun ok jugak. hehe..

itu Akhil said...

hahaha..
tak salah copy paste jnji linkkn kembali ke artikel asal..
lagi pun ilmu yg berguna wajar dikongsi bersama..^_^

Hanif Idrus said...

Thanks for all the comment.
Baru rasa tenang, betul!!!
Saya sokong boleh kopi tapi berhemah dan ulas dengan ayat sendiri...dan linkkan ke blogger tersebut !!
Kalau macam tu lega hati aku dengar!!!

miz ruha said...

teruskan m'update...

fatin amalina said...

hehe.. lain kali try kopi and susu pulak.. lagi sedap.. nyam3

Haryati Faizal said...

tak sempat nak update byk2 cam anip lah... takde masa... satu ari hanya satu entry je...

ALS said...

Nak mencontohi lah.. :)

MaMa Rey said...

yg p€nting dib€narkan ol€h p€milik dan bagi kr€dit

Papa Mifz said...

perubahan ke arah positif...bagus...teruskan usaha bro...:)

wantie said...

la.. dah pencen ko yer. elaun pencen ada tak? hehehe

Remy hazza said...

gud luck bro!!!!
pasti boleh....... remy pun sehari satu jer entry.......he3

boni kacak said...

boleh tu bro.. hehehehe.. ramai juga yang entri satu je sehari tapi traffic tetap kencang.. yang tu yang kita mau.. traffic yang kekal.. :)

Nadia Johari said...

boleh je mengcopy..tapi jgn kerp..hehee..psni kne usha lebih nk wat entri tulen..hehe

Sue PeLik said...

eh?? hurm neh faham laaaa. hehehe apa2 pun goodluck laaaa semoga berjaya! hehehe

M'Rie R'Nie said...

Branding blog lu bro. Kasi orang melekat dengan cerita2 hasil dari buah fikiran lu bro. Its good to be "Diri Sendiri". Try la..maybe lu akan lagi teruja, sape tau kan.

Apa2 pun wish u good luck.

fatin amalina husna said...

aishh..husna pon ada sifat copy paste jgak nih..=\

Mar Haini Abdul Rahim said...

haha lawak la bro ni.. tapi tetap ada ilmu dalam entry ni ! xpe slow2 tetap support blog nii :D

Mrs Velentine said...

chayok2..