Hanif Idrus Review Anugerah Lagu 27 (AJL27)

Salam satu blogger. Sure hari ini blogger semua sibuk berbicara tentang Anugerah Juara Lagu ke 27. Dan aku pun sudah semestinya nak menyelitkan diri...kikikiki.

Kali ini buat kelainan sikit. Komen semasa persembahan.
 Ini pendapat tak profesional ....sebelum umum kemenangan.... hihihi.

1) Lagu Pertama Ombak Rindu memang awesome. Apatah lagi kemunculan Aaron mendukung Adira...wauuuu..!!!! Ditambah prop yang cantik sangat. Aku suka!!!!

2) Lagu kedua oleh Shila Amzah out. Pembukaan dengan puisi tanpa prop yang menarik. Nyanyian pun macam tak sampai...hemmmm. Aku suka Shila Amzah...huhuhuuhu

3) Simetri oleh Hazama dan Amy ngam....tapi aku hairan apasal ler tengah nyanyi-nyanyi suka buat lakunan...hihihihi. Prop dengan lagu memang sesuai.

4) Idola oleh Azlan dan Typewriter...masih mengekalkan konsep topeng..kikikiki. Suara Azlan semua tahu memang tip top..Prop pun OK  english style. Tapi apa yang aku suka lagu ni diabadikan untuk Sudirman.

5) Pelangi Senja oleh Stacy. Rasanya prop jambatan tu sama dengan muzik video kan.Nyanyian penuh perasaan hingga aku meremang. Best!!!

6) Lagu oleh Bedroom Santuary sempoi dan konsep2 hippies. Simple tapi ada impak. Nyanyian memang OK.

7) Tanpamu oleh Amir Jahari konsep cat muka. Prop yang warna warni sesuai dengan kemeriahan  lagu santai ini. Tapi aku rasa ler..si Amir tu cam gugup jer..kikikiki.

8) Teman Pengganti oleh Black dan RJ..penyanyi RJ ganti Maliquec memang best. Prop yang penuh makna dan suara Black memang best dan ada feel.

9) Terukir Bintang dinyanyi oleh Aizat. Ganti Yuna.  Aizat dari dulu suka koir yekk. Aizat memang hensem ada misai..hihihihi. Konsep playboy Paris dan memang ada kelainan...

10) Aku Akui oleh Hafiz. Simple prop dengan piano dan biola. Suara Hafiz pun aku akui memang mantap dan feel.

11) Andai Aku Bercinta Lagi oleh Mojo. Dan artis Masha pun ada..pehhh. Konsep style old English. Suara yang best!!!!  Jerit baik punya...

12)  Anak Kampung oleh One Nation Emcee dan Jimmy Palikat. Prop paling ramai orang. Memang penuh kebudayaan...aku suka! !!

Siapa yang menang yek....
Kalau aku yang suka lagu-lagu ballad  dan slow ni tentu aku pilih Aizat, Hafiz, Black, Stacy atau Adira...tapi aku bukan profesional....aku kroni...hihihim
Dipos pada pukul 11.05pm

Share:

18 comments