Jabatan agama gelap RM25b - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Jabatan agama gelap RM25b

Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) semalam melaporkan bahawa pihaknya mendapati banyak transaksi yang tidak telus dalam tabung jemaah haji diuruskan Kementerian Hal Ehwal Agama sejak lapan tahun lalu.

Ketua PPATK, Muhammad Yusuf memberitahu wartawan dalam laporan akhir tahun kelmarin, PPATK mendapati berlaku penggelapan wang dalam pengurusan tabung jemaah haji. “Kami sedang mengaudit tabung itu kerana sesetengah perbelanjaan tidak jelas,” katanya sebagaimana dipetik daripada kompas.com.

Muhammad berkata, kementerian itu menguruskan 80 trilion rupiah (RM25.1 bilion) wang tabung haji dengan faedah 2.3 trilion rupiah (RM722 juta) dari 2004 hingga tahun lalu.

 “Jemaah kita tidak perlu berjalan kaki dari Makkah ke Madinah dengan jumlah wang sebanyak itu,” katanya sambil menegaskan jemaah negara itu sepatutnya mendapat lebih banyak kemudahan yang dibiaya tabung itu.

Muhammad berkata, kemusykilan lain didedahkan apabila wang RM25.1 bilion didepositkan ke dalam sebuah bank tanpa pengesahan yang jelas. Dia berkata, kementerian itu gagal menjelaskan mengapa ia memilih bank terbabit untuk mendeposit wang berkenaan.

“Perbezaan satu peratus faedah daripada satu bank dengan bank lain adalah banyak,” katanya. Muhammad berkata, PPATK mendapati prosedur pemesanan makanan untuk jemaah dan penginapan lain mengikut pertukaran wang asing juga tidak jelas.

“Kami telah menyerahkan keputusan audit kepada Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), agar ia bukan saja dianalisis tetapi juga disiasat secara lebih lanjut,” katanya. Sebelum ini, Pesuruhjaya KPK, Busyro Muqoddas berkata, pihaknya telah menghantar empat pegawai untuk memantau pelaksanaan pengurusan haji secara langsung.

3 comments:

Remy hazza said...

ingat kat malaysia tadi......
demi duit...mcm boleh berlaku.....

hainom OKje said...

Tulah pasal...igt kat Malaysia tadi teringat duit kat Tabung haji huhu!

wantie said...

gempak je. ingat kat malaysia. Moga kat Malaysia tak de la mcm ni kan.