Janji Third Party Atau Janji Di Chapati ? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Janji Third Party Atau Janji Di Chapati ?

hanifidrus

Salam Satu Blogger. Hari ini nak buat cerita politik ....hahahahahhaa.
Hari ini ada berbicara tentang rakan yang berbeza pandangan politik dengan aku ler..
Aku secara amnya bukanlah penyokong BN tapi dalam keluarga BN..hahahhahaha.

Ceritanya begini:
Perbualan antara dua rakan tentang pembelian sesuatu barangan. Dan kawan aku berjanji akan pastikan barangan tersebut dihantar.

Aku berkata " Kau jangan main-main bro, kau kena pastikan barang tu sampai besok. Janji Mesti Ditepati"

Kawan aku " Bro, kau jangan risau ler, aku bukan BN cakap kosong. Aku cakap sure Janji Really Ditepati. Bukannya BN....akhirnya jadi Janji Third Party..hehehehhee"

Aku ketawa dan dalam hati apasal tiba-tiba bercerita hal politik. Memang kesukaan aku ni!!!!..hehehehehhee.

Aku berkata" Isskkk...tak baik kau cakap macam tu. Kan BN dah kasi BR1M, Klinik Satu Malaysia dan terkini Lesen Satu Malaysia, soooo mereka Janji Ditepati"

Kawan aku berkata "Kau tahu apasal aku cakap Janji Third Party, cuba kau lihat isu air kat Selangor..tak selesai. Isu Linas yang diambil sambil lewa, harga barangan yang semakin naik"
Mereka hanya menepati janji jika ia menguntungkan mereka bukannya rakyat. Kalau kau nak tahu cakap-cakap mereka macam Janji Di Chapati...hahahhaha
"


Aku pun ketawa sama sambil berkata  "Yalah!!! semua kerajaan di dunia bukan sempurna. Cuba kau cerita kat aku contoh kerajaan Utopia yang pernah ujud. Tak ada!!! At least kita hidup boleh makan, jalan-jalan, sedikit menabung ..bersyukurlah"

Aku masih ketawa memikirkan istilah-istilah yang digunakan oleh kawan aku ni...

Kawan aku berkata lagi" Lalu kerajaan Islam terdahulu di bawah bimbingan Rasulullah s.a.w kan kerajaan Utopia, Kerajaan Islam di bawah khalifah Islam yang lain. Itu kau kata bukan Utopia. Kau jangan main-main Nip. Konsep itu semua datang dari hati!! Pemimpin yag mempunyai hati rakyat sudah semestinya rakyat terjaga. Sekarang mana ada!!

Wah!!! dah main kasar nampak member aku ini, berapi-api dia bercakap sampai tersembur air liur dia kat aku!!!

Aku jawab balik" Kau jangan samakan Rasul dengan pemimpin sekarang bro. Kalau kau jadi pemimpin pun belum tentu terjamin  rakyat bawah kau. Yang penting, kita nampak impak bantuan yang diberikan oleh kerajaan sekarang. Kalau kau nak semua diberi secara percuma, bangkrap kerajaan. Kau umpama kasikan betis nak peha.!!"

Aku mengutarakan pandangan yang macam tak berapa kukuh!!!!

Dan seterusnya perbincangan kami melalut-lalut sampai bergelas air diminum. Cuma tak bergaduh ajer..hahahhahaha.
Seperti aku katakan dalam entri ini, sebagai manusia siapa nak kalah.. lagi-lagi cerita politik...kekekekeke.

Aku baru buat entri tempoh hari pasal keburukan buat entri pasal politik...tetapi aku pula cari hal bercerita tentang politik...

Memang susah nak menang kalau lawan pembangkang ini...
Fakta dia orang memang tip top....!!!
Tak pasal-pasal secara tiba-tiba aku menjadi penyokong BN..hemmmm

Entri  ini sebenarnya nak cerita tentang istilah-istilah Janji Ditepati yang di cantikkan oleh rakan aku ..hahahahha

Tapi sempat aku check kat internet sebelum publish post ini, memang istilah ini popular dikalangan ahli-ahli pembangkang....hihihihihihihi.
INI BUKAN ENTRI POLITIK ....


18 comments:

aQu Mad said...

kata ustad mad : jadi pemimpin bukannya mudah, rakyat tak solat nanti kat akhirat pemimpin kena jawap..

Engku Muzahadin said...

Slalu sangat depa bagi chapati. Kali ini kita tukar tosai aja la..Haha

Maisarah Azmi said...

bukan politik ke? hehe..

Anak Pak Muin said...

janji menang undi..haha

Ash Give said...

dulu aku masih budak budak tak suka sngt ikut perkembangan politik..

tapi semenjak usia dah mengkat ni..semakin aku follow pulak politik ni hahaha

kerajaan ntah la.. aku rasa banyak tempat yg diorng kalah nnti.. will see haahaha

Miss Purple Ungu said...

Lapar pulak mlm2 gini bila bc pasal capati hehehe
Sihat ke abg hanif..lama dh x jenjalan sini :)

myfreeminded said...

Saya tak undi parti, saya undi pakai tengok pemimpin di tempat saya, tapi pemimpin sekarang di tempat saya "hampeh", bukan bantu rakyat, tapi makan duit rakyat

Remy hazza said...

bersyukur dgn apa yg ada.... hidup kena berusaha...... kalau semua percuma..... sapa yg nak kerja.....he3

fatin amalina husna said...

bukan entry politik ea??
baguslar husna x minat politik..haha..

3no gr33ny said...

huhu..janji dicapati

Mar Haini Abdul Rahim said...

xpe la bro hanif, xsalah pn nak buat entry berbaur politik kan.. hehee politik kn sbhgian dr hidup kt. kt xle nak wat2 xamik pduli . at least bole bukak minda, yg penting keterbukaan, xksh la pbangkang @ kerjaan.

psst. tp mmg panas kalau cte isu politik. hihi :P

ALS said...

Hahaha, suka hati jer bagi term2..

ShuhaidaSaad said...

melawat tuan blog. tahun baru tak sempat terjah lagi :)

Azlan Strider said...

bila berbicara pasal politik best kalau kena dengan orangnya..tapi macam aku tengok orang jugak nak bersembang sebab takut ade sesetengah orang sanggup tak nak berkawan dengan orang lain hanya sebab berbeza pendapat politik..

Regards,
-Strider-

Papa Mifz said...

kalau cerita bab politik nih silap2 adik beradik pun boleh gaduh kan..??

hainom OKje said...

Okje pulak umpama atas pagar....mana yg betul itulah yg disokong.. Flexible...he.he.tp bukan talam 2 muka....

ayut said...

byk skrg...semua mesti ada ayat janji ditepati..merata kot..huhuhu

wantie said...

hahaha..pandai pandai korang kreatifkan ayat janji di tetapi tu ye. kelakor pun ada.