Header Ads

Keyword Bermusim Hebat Untuk Trafik Dan Wang

hanifidrus
Salam satu blogger. Hari ini nak bercerita tentang keyword bermusim dam keampuhannya dalam menaikkan trafik dalam sesebuah blog atau entri.

Entri Download Dan Tonton Adam Dan Hawa Dari Astro adalah bukti keyword bermusim eksperimental aku yang berjaya. Entri ini dipublish pada 15 September 2012 dan minggu lepas penamatnya telah menaikkan trafik dan pageview kepada  29,293 pageview setakat ini dan masih meningkat lagi!!!

Ada yang lagi best dari aku pun ada hingga berbelas ribu pageview sebulan....dari entri Adam dan Hawa sahaja.

Aku telah baca banyak entri dan ramai menyatakan bahawa keyword bermusim ini hanya satu bentuk trafik yang sementara tetapi selepas itu trafik anda akan menurun.

Sebagai contoh apabila tamatnya cerita Adam dan Hawa secara automatik trafik kau akan turun. Itu adalah realiti!!

Kadang-kadang aku pening memikirkan kenapa kita perlu memendekkan skop pemikiran mengatakan keyword bermusim ini tidak bagus?

Selagi entri itu meningkatkan trafik kau dan selagi ia dikira sebagai pageview unik anda masih dikira mematuhi peraturan blogging ini.

Malahan salah satu rahsia kebaikan keyword bermusim ini ialah memberi pulangan WANG kepada anda.
Terkejut!!!

Jangan terkejut kerana kelayakan mendapat CPUV Nuffnang adalah minimum 300 pageview unik sehari. Jika Adam Dan Hawa dalam masa 4 bulan memberikan aku pageview 29,000 bermakna sebulan aku dapat pageview percuma sebanyak 7,250 pageview dan sehari 241 pageview.

Ini belum dicampur entri-entri seharian aku yang membolehkan aku mendapat sehari 1000 pageview dan ambil 70% sebagai unik. Aku masih ada balance 700 pageview sehari yang unik!!!!

Inilah sebahagian strategi dalam mendapatkan pendapatan dari berblogging. Dan kemudian hantar tiket kepada Nuffnang minta CPUV kerana anda layak!!!
Ini yang aku buat!!!

Dan hingga kini aku tak putus-putus mendapat CPUV Nuffnang. Dan sebelum  Adam dan Hawa habis, kau kena study untuk cari keyword bermusim yang tengah hot sekarang ini...
Tujuan nak maintain trafik dan pendapatan...hehehehehe

Inilah rahsia yang aku nak beritahu anda semua....hahahhahahaha.

Bagaimana Nak Buat Keyword Bermusim
a) Cari Episod atau cerita yang memakan masa yang lama. sebagai contoh drama yang hot-hot.
Sebagai contoh yang tengah hot ialah Maharaja Lawak Mega ...
Logiknya: Kalau sekejap dah habis maka tak sempat nak buat trafik...hehehehehe

b) Buat tajuk entri yang sesuai supaya google senang index kamu. Anda harus ingat bukan anda sahaja yang buat tajuk panas ini tetapi beribu-ribu orang.
Keyword bermusim ini trafik yang datang biasanya dari carian Enjin Pencari seperti Google.

Entri Tajuk Jangan terlalu panjang, biar pendek dan tepat.
Janganlah tulis tajuk "Mari Kita Menonton Maharaja Lawak!!! "

Seboleh-bolehnya pastikan tajuk Maharaja Lawak Mega dihadapan tajuk.
Kalau aku, aku akan tulis Maharaja Lawak Mega dan Jozan...
Sebabnya kedua-duanya popular....heheheheheeh

Paling mudah taip Maharaja Lawak di carian enjin dan study setiap tajuk entri yang mendapat carian utama tertinggi dan ubahsuai tajuk entri anda. Lagi senang!!!

Kena ingat-----tajuk entri anda adalah keyword anda..

c) Bold atau hitamkan setiap tulisan  anda yang bertajuk Maharaja Lawak..sebab dalam indexing entri ini, setiap italic, bold mempunyai makna prioritinya. Nak terangkan ini kena buat satu lagi entri..hehehhehe

d) Pingkan ke laman-laman ping dari masa ke semasa supaya pembaca sedar akan keujudan entri ini.
Contoh ping Malaysia yang popular kat Malaysia seperti Ping.busuk.

Jika semuanya berjalan dengan lancar, lihatlah traffic anda...sure meletup punya!!!
Saya cadangkan rakan blogger cuba buat dan lihatlah resultnya....

Keyword bermusim ini kamu kena study betul-betul tajuk entri kamu. Ini adalah amat penting sekali..
Jangan pakai bantai ajer tajuk ...hehehehehehe.

Tujuan entri ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan blogger. Kita bukan menipu tapi ini adalah strategi dalam mendapat trafik dan secara tak langsung mendapatkan pembaca ke blog anda.

Mungkin mereka akan membaca entri-entri anda yang lain-lain dan mendapati blog anda memang best. Anda akan mendapat pembaca tetap satu hari nanti...

Selamat mencuba!!

23 comments

❤Kamsiah❤ said...

wow...UV puluhan ribu...tentu tuan rumah senyum sampai ke telinga..

Papa Mifz said...

mantap yer trafik blog bro...:)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum, ramai org suka tengok drama AH kan. sheila pernah baca novel dia, sebab tu malas nak tengok drama. sbb dah tau jalan cerita hihi

Haryati Faizal said...

bagus2...bley try...

fatin amalina husna said...

thanz for sharing..=)

aynora nur said...

memang betul tu hanif, saya pernah buat psl awal muharram, memang naik trafik!

shaiful zaidi said...

Tahniah bro dan terima kasih bagi tips yg berguna.

ayut said...

tak pernah putus dpt CPUV..bgus2x..hihihi :)

wantie said...

THNAKS FOR THE INFO.bagus ni. kena la contohi teladan yang baik.

ALS said...

Wah, excited saya dengar Abang bercerita. Macam dengar owg promo barang kecantikan. Nanti saya cuba.. hehe

amirofie said...

Wow.. thanks for sharing your knowledge. This is very good entry. Cuma saya tak tahu macam mana nak buat ping. Kalau boleh diajar caranya bagaimana. Thanks in advance.

Remy hazza said...

remy dapat maksud yg di perkatakan....... thanks sesangat....

Nadia Johari said...

tahniahla bro..hehe..akn and ikut jejak bro..=)

Asalamualaikum said...

bijak bijak, thanks pakcik.. hehe

Mar Haini Abdul Rahim said...

terbaiklahh perkongsian ni.. sy akn cuba yg terbaik.. hehe tp stakat ni alahai x mampu lg :D

boni kacak said...

terima kasih bro sebab berkongsi entri ni. entri ni sangat terbaik :)

pha is said...

nice share.. boleh try lepas nih.. hehe

Azlan Strider said...

terima kasih atas nasihat berguna nie bro..hehehe..aku pun tak terpikir benda2 camnie time bagi tajuk..hehehe

Regards,
-Strider-

Raudzah Zahari said...

Tq hanif..as usual tip top tips....

lepakk.com said...

Tips yg menarik dan boleh digunapakai..

kak nora said...

mantap, tahniah..

Mrs Velentine said...

semalam UV naik mencanak2 sebab listen listen listen

hainom OKje said...

Tq nep...kongsi ilmu ni....