Header Ads

Kronologi kehilangan William Yau Zhen Zhong

Kecoh satu Malaysia kes kehilangan anak yang ditinggalkan oleh sepasang suami isteri di dalam kereta, semasa singgah ke kedai elektrik.

Seluruh rakyat Malaysia menyalahkan ibu bapa tersebut yang begitu cuai tinggalkan anak kecil berumur 6 tahun didalam kereta hingga budak tu hilang.

Aku tak nak komen tapi yang pastinya mesti ada cerita disebalik tindakan ibu bapa malang tersebut.

Diharap ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa yang lain termasuk aku agar berhati-hati membuat keputusan bila melibatkan anak kecil.

Aku berharap ibu bapa William bersabar dan saya tahu tiada ibu di dunia ini yang tidak sayangi anak mereka.

Kronologi Kehilangan Anak
16 JANUARI 2012- William Yau Zhen Zhong berusia enam tahun hilang ketika ibu bapa kanak-kanak itu bersama tiga lagi anak yang lain singgah di kedai menjual barangan elektrik di Putra Heights.

18 JANUARI 2012 - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai hilang di Jalan Putra Mahkota 7/6c Putra Heights.

20 JANUARI 2012 - Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengadakan sidang media menjelaskan individu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) kerana melarikan mangsa daripada penjaga yang sah yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

21 JANUARI 2012 - Keluarga William menerima panggilan daripada individu yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai anak mereka. Bagaimanapun, individu terbabit meminta keluarga mangsa memberikan sejumlah wang terlebih dulu sekiranya mahu mendapatkan maklumat lanjut.

22 JANUARI 2012 - Polis meneliti lebih 10 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian William dilapor hilang, namun kelibat mangsa tidak dapat dikesan.Keterangan lebih 10 individu termasuk ahli keluarga mangsa juga diambil dan belum menemui sebarang petunjuk berkenaan kehilangan kanak-kanak terbabit malah, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) turut mengambil inisiatif melakukan rondaan selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kanak-kanak itu di kawasan Segambut Dalam, di sini.

23 JANUARI 2012 - Gerakan mengesan William masih diteruskan polis menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) dengan mencari di kawasan kejadian di Jalan Putra Mahkota 7/6C, Putra Heights bermula kira-kira jam 9.30 pagi.

24 JANUARI 2012 - Mayat seorang budak lelaki berbaju kuning ditemui yang tersangkut di sebuah bot berhampiran jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 6.30 petang.Berdasarkan ketinggian, kanak-kanak lelaki itu berusia di antara enam atau tujuh tahun. Dia memakai baju T berwarna kuning, berseluar pendek dan berkulit putih. Di baju T tersebut tertera tulisan 'Active Group' berwarna putih dan 'Best Team' berwarna biru.

25 JANUARI 2012 - Berdasarkan pakaian yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang 24 Januari, disahkan William yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu.

20 comments

Kathy Rbain said...

sedih rasanya bila kes yang melibatkan kanak2 macam ni..

Joanna Yunus said...

simpati, kesian dan hampa

myfreeminded said...

Sedih bila kes kehilangan William ni diuar-uarkan, dan kesudahannya pun amat menyedihkan, tapi betul kata Hanif, apa yang kita dapat simpulkan dari kisah tragis ni adalah ingatan untuk kita untuk lebih berhati2 dalam menjaga anak2 kita. Kita mudah lalai dan selalu memandang remeh untuk suatu perkara sebab kita belum pernah mengalaminya.

aQu Mad said...

memang pun salah mak bapak dia..

Nour Adieb said...

eiii, seram. ciannya kat budak tu :'(

Che Rosliza Che Mat said...

sedih pulak baca huhuhu...tue yg risau tue...

M'Rie R'Nie said...

Tapi kes ni memang kecuaian kedua ibu bapa budak tu. Perkara macam ni dah banyak kali berulang. Dan memang kebanyakkan ibu bapa di Malaysia ni bersikap sambil lewa dalam hal keselamatan anak2 mereka yang mereka tinggalkan didalam kereta. Sepatutnya wajib ada orang dewasa yang tinggal didalam kereta untuk memerhatikan gerak geri anak2.

Yang menghairankan aku adalah..kenapa mak bapak suka sangat tinggalkan anak dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa?

kenapa mesti dua2 keluar dari kereta?

kenapa tak bawa jer anak2 sekali kalau nak keluar dari kereta?

serius aku katakan. kebanyakkan ibu bapa di Malaysia ni suka bersikap BODOH TAK BERTEMPAT. Sorry la kalau ada mak bapak yang terasa. nak tak nak depa kena terima akibat dari perbuatan mereka sendiri.

ALS said...

Kesian budak tu.. Huhu..

reyna cikgu pra said...

Dalam apa pun kondisi....utamakan lah anak-anak......sedih sangat bila kejadian macm ni terus berlaku

Anonymous said...

Persoalannya...knpla tinggalkan anak kecil sendirian...?

Anonymous said...

Saya sgt setuju.. They just never learn!!!

Anonymous said...

Semasa saya tengok headline kat surat khabar hari ni, saya terasa amat terkejut dan hati terasa remuk. Sampai sekarang asal baca je berita tentang William, saya nangis. Hari ni saya tak henti henti peluk dan kucup anak saya.

Kenapa lah manusia ni suka menganiaya anak anak yang tak bedosa?

Arti Alwi said...

dah biasa buat..biasa x pernah jd apa2.tiba2 malang x berbau...ni smua iktibar utk kita lebih berhati2..jgn ambil mudah

Arti Alwi said...

ni sbb rata2 org kita dh biasa ada habit tinggalkn ank dlm kete sambil org tua pg beli brg...dulu lain skrg lain..jenayah sentiasa tggu utk ambil peluang.so skrg kene lebih brhati2 dlm smua benda..

Arti Alwi said...

dah biasa buat..biasa x pernah jd apa2.tiba2 malang x berbau...ni smua iktibar utk kita lebih berhati2..jgn ambil mudah

Nadia Johari said...

benda dah jadi..xleh diputar balik..penhjrn kepada semua ibu bapa..jgn tinggalkn ank2 wlpun sekjp

Remy hazza said...

ibu bapa kena lebih berhati2 lepas nie...jgn tinggalkan anak sebarangan...bahaya ada dimana2....

Syaz Blackrose said...

ingatan buat diri sendiri juga supaya jangan tinggalkan anak or lepaskan tangan anak bila berjalan

wantie said...

saya lebih rela tinggal anak kat pengasuh bila membeli belah sendirian. kalau ada suami je saya bawa anak anak.

bukan nak jadi ibu yg jahat, cuma takut menda menda cam ni la. takut tak terkawal.

apa jua keadaan pun, ini semua takdir.

memberi pengajaran kepada org lain agar jgn tinggalkan anak mereka sendirian. Tapi dah 6 tahun pun. rasanya budak tu dah pandai nak melintas atau bertanya org.

tu yg hairan.

hainom OKje said...

macam macam versi cite dah dengar ni...tak tau mana satu yg betul!