Home » » Kucing dilatih bawa telefon ke penjara

Kucing dilatih bawa telefon ke penjara

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Monday, January 7, 2013

hanifidrus
Seekor kucing yang dilatih oleh para banduan untuk membawa telefon bimbit dan pelbagai peralatan menggali terowong telah ditangkap di sebuah penjara di timur laut Brazil.

Menurut seorang ketua kesatuan pengawal penjara Alagoas, Marcelo Avelino, seorang pengawal itu yang melihat kucing tersebut kemudian mendekati haiwan berkenaan. Avelino menjelaskan, pengawal berkenaan mendekati kucing tersebut kerana dia mendapati terdapat sesuatu yang ganjil pada tubuh haiwan itu.

Beliau memberitahu akhbar O Globo, pengawal itu yang mendekati haiwan berkenaan mendapati terdapat sebuah beg yang dibawa kucing itu. Menurutnya, beg tersebut mengandungi mata gergaji dan peralatan menggali untuk digunakan dalam penggalian terowong. Beliau berkata, sebuah telefon bimbit turut ditemui termasuk bateri dan alat pengecas.

Kucing itu kerap dilihat masuk dan keluar dari penjara berkenaan. Seorang pegawai penjara tersebut, Luiz de Oliveira Souza memberitahu portal berita G1, para banduan tersebut telah membela haiwan itu. Souza menyatakan, saudara-mara banduan kerap membawa pulang kucing itu selepas mereka datang ke penjara tersebut.

"Kami berasa amat terkejut dengan taktik baharu banduan itu yang melatih haiwan supaya ia datang semula ke penjara dan membawa barang-barang," katanya.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

5 comments:

Ikhwan Suhaimi said...

apa2 pun... IQ banduan tu, kelass pertama. haha

Remy hazza said...

bagus betul ler kucing tu...... terbaik....

wantie said...

lepas ni.. jgn percaya pada kucing.

hainom OKje said...

Bijak dah kucing sekarang ni yek!

hainom OKje said...

Bijak dah kucing sekarang ni yek!

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers