Header Ads

Mengucap Kalimah Allah Demi Wang


hanifidrusLima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.

Keluarga itu terdiri daripada seorang wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.

Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman.

Satu daripada surau yang dikunjungi lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu

8 comments

Mentari Minda said...

macam2 sekarang nie...mudah-mudahan berterusan memeluk islam...

pha is said...

ish3.. macam2...

dilla said...

haaha selamber je dorg

ayut said...

aduhaiiii....tak ptut la mcmni..nk slhkn sape ni yerk...huhu

Remy hazza said...

macam2 cara dieorg nak menipu ye..... dunia2....

wantie said...

Ni dah melampau. Tapi tak pe moga dorang dapat hidayah . kalau duit hasil menipu tak kan ke mana.

Mana le tahu dengan menipu begini tetiba Allah bukak pintu hati dorang menjadi muslim sejati.

Razif said...

Duit punya pasal ...

Cheq Kaq said...

MashaaAllah..macam2..huhu..ape saje demi duit..inilah dia kalau bertuhankan duit..