Pemerdagangan Kanak-Kanak Sekolah Agama - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Pemerdagangan Kanak-Kanak Sekolah Agama

hanifidrus
Satu isu yang memungkinkan aku dimarahi...kikikiki.

Tapi itulah realitinya... Saya bertanya pada rakan-rakan blogger pernahkah anda didatangi oleh seorang kanak-kanak yang berusia anggaran 15 tahun menjual produk secara amnya seperti ubat-ubatan atau buku.

Dan mereka memperkenalkan diri mereka dari sekolah agama tahfiz untuk mengutip derma pembinaan bangunan sekolah mereka.

Dan terkini jika anda tidak mahu membeli, mereka akan merayu anda memberi derma. Dulu tak ada lak buat macam tu.

Aku bosan dengan suasana sebegini. Acapkali aku terkena dan malam tadi pun sama.
Aku tak marah dengan budak-budak tu tapi aku kesal dengan pentadbiran sekolah tersebut. Mempergunakan pelajar untuk dana sekolah.

Tujuan murni tapi caranya salah!!!! Waktu sebegini mereka sepatutnya belajar dan berehat. Bukannya menjadi ala-ala eksekutif jualan pada usia muda.

Sudah tentu aku akan dimomokkan dengan alasan sekolah persendirian seperti mereka tiada dana dan terpaksa mencari sumber kewangan sendiri.
Lalu alasan mereka menghalalkan cara tersebut. Eksplotasi kanak-kanak!!!!

Budak-budak ini dah macam kerja kilang....12 jam sehari.. Kalau mereka diculik atau kemalangan siapa hendak bertanggungjawab.

Aku rasa ibubapa kanak-kanak terbabit pasti tak ketahui anak mereka diperlakukkan sedemikian. Dalam kepala mesti fikir anak dia sedang diulik mimpi tapi sebenarnya menjadi penjaja...hihihihi.
Kalau anak aku sure aku mengamuk!!!!

Kesal!!!! Dan aku tahu ada pendapat aku akan disangkal dan ada yang setuju.
Hanya satu sahaja aku hendak kita fikir bersama...jika itu adik atau anak anda. Apa perasaan anda...?

21 comments:

Mar Haini Abdul Rahim said...

hemmm persoalannya, betul ke budak2 tu sekolah agama? aduhaii sedih laa kalau itu adik @ anak kite ~ ape pun, tetap tak setuju jugak, byk lg cara lain..

afifudinsohaini said...

kesian kan nak belajar lagi nak buat kerja ni lagi...bro masuk blog ni ada keluar pop up ..cek

aQu Mad said...

kena culik baru tau, kan..

Nadia Johari said...

ade je..kdg2 smpai dtg ke rumh

Leeza dayasari [santai leeza] said...

kita semua perlu prihatin... benar, manusia kalau dh kena batang hidung, baru nk amek tahu.
benda yg patut dibesar2kan, tak dibuat. yg benda kecik2.. digempar-gempur... mentaliti kita.

Sifu wan said...

Salam bro.
Mohon pihak Lembaga Sekolah tersebut semak Akta Kanak-kanak yang diwartakan di bawah JKM. Memang pemerdagangan manusia secara halus dan licik.

Anak Pak Muin said...

btol..aku penah buat entry pasal ni...

pihak depa ni sepatutnye jgn pkai budakk la. boleh mintak bantuan dekat jabatan agama pe. kat mesjid ke - letak tabung..

takde alasan sebeb pe kene pakai budak2 jugak

http://ian088.blogspot.com/2012/09/this-view-is-so-wrong.html

Maimun Abdullah said...

Memang banyak pun jumpa budak2 yang minta derma, dengan alasan dari sekolah agama, bukan alasan untuk menolak derma tu tapi yang menjadi persoalan, benar ke dari sekolah agama, ini melibatkan maruah agama kita sebenarnya.

ayut said...

cian mmg ye klu tgk bdk2x tu..risau ye klu jd pape..sape nk bertangungjawab nnt kan...

MaMa Rey said...

pernah beberapa kali..

tak nak beli tapi merayu sangat menderm..kesian juga budak-budak ni kan

Remy hazza said...

betul tu bro.... dah selalu sangat remy jumpa... kasihan pun ada..... kekadang dah tengah mlm pun pun dieorg dok mintak derma lagi......

Azlan Strider said...

banyak bro..kat area umah aku kalau lepak sejam, maka 10 orang laa akan datang untuk kutip derma bagi pusat tahfiz berlainan..

Regards,
-Strider-

Papa Mifz said...

biasa depan bank akan jumpa situasi budak mintak beli barang nih...

fatin amalina husna said...

kan..kesian tgk diorang..

3no gr33ny said...

owhh..tidak pernah pula hamba terkena dengan situasi ni

Nor Salmi said...

Bila tengok budak2 yang minta derma ni terus terbayang anak-anak sendiri. Kesian kat mereka.. Persoalannya, walaupun mereka mengaku drp pusat tahfiz atau sekolah agama tertentu, adakah itu benar?

Nik Muhammad Jameel said...

rasanya mereka bukan pelajar sekolah agama..
mungkin mereka ini di bawah satu sindiket yang menggunakan kanak-kanak untuk mendapatkan wang.. title sek. agama just menjadi topeng sahaja..

Hanif Idrus said...

Itu juga merisaukan..disebab ia sekolah agama. Pihak penguasa tutup mat adan ini diambil kesempatan pihak tak bertanggungjawab amik kesempatan!!

hainom OKje said...

Itulah...nak bagi salah tak bagi kesian..

Belanja minum ajelah....

Anonymous said...

slm... saya pun pernah banyak kali terjumpa. kebanyakan budak-budak tu pun datang bawak buku kecil sprt ayat seribu dinar ke, salawat ke yang version murah dan brape muka surat je.kekadang tu buku ntah ape2 ntah, cume nampak tulisan jawi je. datang2 terus letak dlm tangan pastu mintak duit. kebanyakan diorang,macam bukan orang malaysia pun ade. sekali tu, sya awal2 lagi mengelak dan menggeleng kepala sebelum budak perempuan umur dlm 5-6 tahun meluru dekat sya. sempatla, saya dengar die merungut dalam bahasa thailand dekat belakang saya

wantie said...

ya. kami pun pernah didatangi kanak kanak sebegitu. dah jam 10.00 mlm tau.

kemudia terdetik di hati suami, kalau time cam ni pun duk kutip derma lagi. pukul berapa dorang tidur dan rehat. bagaimana pulak dengan rutin pembelajaran dorang?

bukankah kalau kat sekolah tahfiz jam 4-5 pagi dah bangun.