Header Ads

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

hanifidrus
Salam satu Blogger. terpanggil untuk menerbitkan entri ini yang saya lihat dah 5 kali tertera semasa merayau-rayau di FB. Ini tanda-tanda suruh aku terbitkan kat blog ini...ehehhehehee

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.  Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.

Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.
Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya.


Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau
” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan KETIKA AIR SAMPAI ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:  

” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.

Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.

Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.

Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.

Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya.

Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.

Ini berbeza dengan inai.
Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham.

Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.

Dalam hal ini, sukalah dinyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, suka dinyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah dinyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.
 

Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
 

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Kesimpulan yang dapat diringkaskan ialah:

1) Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..

2) Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye rambut....
Maa syaa Allah......

3) Niat mesti semasa air sampai ke anggota badan.

16 comments

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

tq for sharing this entry

Haryati Faizal said...

tq share ye...

normi nieza said...

thanks for sharing..:)

aLamS LegacY said...

perkongsian yang amat berguna

inche hlovate said...

ramai yang amik mudah akan perkara ni..thanks sharing

zaza nizam said...

tq info berguna!

Cik Syida said...

thanks for sharing :D

boni kacak said...

bagus info ni bro :)

KorN said...

okei. info yg bagus untuk bacaan bersama. aku baca smpi abis

Nor Salmi said...

terima kasih atas perkongsian..

baby comel said...

Nampak je cam remeh. Tp tu lah prkara yg membezakan kita sah ke tak sah ibadah kita selepas tu.. Ilmu yg baik dan berguna ni. Kdg2 budak2 sekolah hanya diajar cara y cukup basic. Moga ilmu ni bermanfaat utk semua

qanaah said...

assalamualaikum. tahniah atas sharing yang iA berguna utk yg sedang belajar. :)

ayut said...

tu dia pjg lebar...tu kbykkan ye klu kawen pmpuan jd rmbut pendek je semua..hihihi...niat dan air tu yg penting..kena btul... :)

Remy hazza said...

info yg berguna bro !!!!

wantie said...

masa remaja dulu bila angkat hadas besar mandi berdiri je. tapi bila selalu dok dengar org baca kitab baru tau kena berdiri dan bercangkung.

kalau ikut tertib dapat pahala.
Moga amalan kita menjadi lebih sempurna. sama samalah kita gali ilmu yg ada dari para arif lagi bijaksana

Cheq Kaq said...

Sama2 lah kita memperbaiki diri dengan mencari ilmu2 yang berguna..nice sharing..tq..