Sifat Blogging Yang Patut Dihindari - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Sifat Blogging Yang Patut Dihindari

hanifidrus

Sebelum ini diheboh-hebohkan kononnya YAB Tuan Guru Nik Aziz memberikan rasuah berupa tanah kepada pemimpin DAP Perak untuk ditukar dengan jawatan Menteri Besar. Fitnah ini berasal dari blog pisau.net.

Selepas hampir sebulan kemelut isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Gua Musang, Kelantan menjadi topik hangat, sebuah blog, pisau.net yang memaparkan artikel berhubung isu berkenaan mengeluarkan kenyataan ralat.

Kenyataan ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Artikel bertajuk 'Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan' itu menyebut bahawa berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi kebenaran.

Sebagai rakan blogger walau pun kita tak kenali beliau tetapi kita merasa sedih dan kasihan pada beliau. Tapi dari segi etika berblogging, sudah tentu aku takkan menyokongnya.
Sekarang ini memang trend blogger kena saman, tak kira samada awak blogger politik atau hiburan atau apa-apa blogger sekali pun. So kita kena hati-hati!!!

Bukannya suka menceduk informasi sensasi dan kemudian terbitkan pada blog anda. Apatah lagi kalau anda menceduk artikel-artikel agama tapi rupanya tidak benar.
Bukan sahaja anda telah menjaja ilmu yang salah tapi menanggung dosa selagi artikel tersebut dibaca dan di share...!!!

Inilah cabaran dan etika seorang blogger. Pendek kata kita ini macam wartawan..hehehehehhee.
Semua bercerita tentang tentang hak kekebasan berkarya tetapi adakah kita jujur sebagai penyebar ilmu /maklumat kepada orang ramai..
Adakah karya kita benar-benar tulus dan boleh digunapakai.

Pendek kata sebagai blogger kita harus mempunyai etika, jujur dan jangan menceduk ilmu yang kita tak ketahui kebenarannya.
Ikut macam aku....ceduk dari suratkhabar isu global /dunia sahaja.......hahahahhaha.

Sememangnya salah satu tujuan kita berblogging ialah mempromosi dan menaikkan trafik blog kita tapi bukan dengan cara sedemikian.
Memang tak dapat dinafikan blog kamu akan mendapat trafik yang cukup tinggi seperti berlaku pada rakan blogger kita tapi berbaloikah?

Saya jamin mesti selepas ini anda akan menjenguk blog tersebut.......
Inilah impak membuat entri yang sedemikan...hihihihihihihi.

Susah menjadi blogger kan....sedar tak sedar anda memegang tanggungjawab yang tinggi...
Happy berblogging....

25 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif,sheila setuju. sheila pun sebenarnya tak suka baca blog wartawan sensasi yang update cerita pasal artis/pelakon/menteri2. takut nak baca. takut salah info :(

Azlan Strider said...

betul tu...sebaiknya dapatkan pengesahan belum kita post something..especially yang jenis nak terbitkan entry politik dan yg panas-panas..

Regards,
-Strider-

Wana Owen said...

menggunakan fakta/sumber yg tak tepat untuk naikkan trafik. so bila dapat pendapatan dari trafik tu,sendiri mau fikir la berkat atau tak keuntungan yg dapat tu.=)

fatin amalina husna said...

lebih selamat cerita psal kehidupan..

Mrs Velentine said...

sebab tue x suka buat entry yg berbaur politik & artis

shaiful zaidi said...

Pembaca sekrg mmg pandai menilai kebenaran sesuatu entri...namun sebagai blogger yg beretika, eloklah laporkan yg benar2 aje...

CikZaniff said...

kadang tu baca je..pastu diam2 sudah..kang bersuara xbetol pulak kan..

miz ruha said...

itulah cabaran seorang blogger..
baik tulis hal sendiri.. macam sy yang suka tulis merapu-merepek-meraban... :D :D

Cikgu Ma said...

x suka sangat bab politik, menteri bagai...

aqumad.com said...

mad pon sama tak suka entri berbaur politik dan artis.. baca tu kadang2 jer..

Nadia Johari said...

baik citer psl kehidupn kite sndiri..hehe

amirofie said...

Tak minat baca blog pasal politik. Hentam situ sini. Kadang-kadang tak tahu sama ada fakta atau auta.

Info. Saya ada anjurkan satu contest. Harap sudi join di

http://amirofie.blogspot.com/2013/01/muvsmc-prediction-contest-by-boar.html

Angel Love Soldier said...

Tak brani nak kuwar banyak sangat entry sal politik or isu2 terkini nie :)

Sifu wan said...

perlu hindar cerita sensasi semata-mata untuk agenda yang tersembunyi.

hana hadi said...

berani kan dia.. hana xberani la nak buat isu2 arts lah, poitik la dan seangkatan dengannya. kena saman kang xpasal2

Anak Pak Muin said...

paper n tv pon takleh nak pevaya 100% dah sekarang ni

siti fatima Arifin said...

takut jugak nak mengulas isu2 cam tue. lg2 pasal agama. politik plak bkn reti sngt.kan menulis ikut sedap mulut tak pasal2 akan kene padahnyer...

3no gr33ny said...

dalam hukum Islam pun melarang kita menfitnah orang..apa lagi menyebarkan fitnah tersebut

Maimun Abdullah said...

Kisah hidup aku je, yg berat2 tu bagi yg berkaliber aje lah yang tulis, untuk pengetahuan sendiri maka banyak BW. :)

ayut said...

:) pasni nk jd blogger kena tambah ilmu bk2x lg..hihi

Remy hazza said...

tulis kisah sendiri aje bro..... nk tulis pasal benda lain.....byk sangat kuar nanti.... sana sini semua cerita.....

Mar Haini Abdul Rahim said...

betul2.. byk amanah dn tgjwb dalam sekadar suka2 blogging pn .. hehe smoga kt tulis yg molek2 lah.. mne salah slg tegur menegur he hepi blogging :D

Raudzah Zahari said...

Betul Hanif..sometimes ramai yang suka mensensasikan sesuatu isu, walupun kesahihannya belum terbukti..jangan sampai jatuh fitnah sudah.berat hukumnya!!!

hainom OKje said...

Asyik cite pasal politik je Nep....layankan jugaklah...pompuan mana suka sangat pasal politik ni...huhu

wantie said...

kenalah sahihkan dulu isu tu baru leh publish. wat org konfuse ja.