Tahun Baru 2013 Di Melaka - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Tahun Baru 2013 Di Melaka

Salam satu blogger. Aku seperti insan lain, hari ini menyambut tahun baru tapi hanya bertemankan teh halia di warung mamak.
Aktiviti di Melaka tahun baru 2013 agak meriah, berdentum-dentum telinga aku mendengar bunyi mercun. Terperanjat aku hampir nak tergolek teh halia yang aku minum. Mungkin berdekatan Padang Pahlawan kot.
Mood nak lihat pertunjukkan bunga api tiada kerana pada ketika ini tiada kamera yang digalas...hihihi.
Tujuan hari ini hanya hendak melihat gelagat manusia menyambut Tahun Baru 2013 di Melaka Raya pusat segala hiburan di Melaka Raya.
Jalan-jalan raya memang penuh dengan kereta. Pelbagai manusia menjerit menyambut Tahun baru melebihi sambutan kemerdekaan.
Gaya pakaian si wanita yang tidak mengira bangsa bersama pasangan masing-masing samada secara individu atau berkumpulan, menghilangkan kesejukkan pagi dimata ni. Seksi dan mengiurkan.
Semuanya begitu ceria dan bergelak tawa...ahhhh...mungkin mempunyai rancangan pagi-pagi ni kot. Entah apa yang bermain di kepala mereka...aku pun tak tahu.
Dan aku masih menyendiri, membalas ucapan muka buku untuk rakan-rakan alam maya. Sambil meneguk teh halia yang tinggal setengah cawan.
Hajat dihati ingin bersantai hingga pukul 3am kerana pada masa, aku dapat melihat realiti..remaja  yang kemabukan dunia singgah di kedai ini.
Namun mata memanggilku....tidur. Aku pun menghidupkan enjin meninggalkan Melaka Raya dan sempat pusing-pusing sekitar Melaka Raya dan melihat keseronokan dunia manusia disana.
Memang meriah semua pusat-pusat hiburan dengan melihat jumlah kereta yang tersusun rapi dikiri kanan jalanraya.
Sampai dirumah,ibuku menegur kerana lama sangat minum air..Aku tersenyum...
Dan sebelum melayangkan mata ni...aku termenung seketika.... makin berat bumi ini....

40 comments:

Mohd Lokman Bin Ramli said...

saya berhenti sekejap kat depan melaka mall tadi. tapi nampak boring je terus balik.. Kat dp tu malas nak pergi sebab dah dapat agak macam mana keadaannya

baby comel said...

Dgn penambahan satu lg tahun -Dunia makin tua & umur kita juga makin pendek setahun.. Makin byk kerosakan yg kita buat.. Syukur masih diberi kesempatan..

~salam 2013 abg hanif :) moga apa yg diimpikan tercapai

Raudzah Zahari said...

Selamat Tahun Baru Hanif...Semoga terus Succes ya... and thanks for the friendship!!!!

razif said...

Aku hanya melayan hujan yg dh lbh 24 jam tak berenti lg bro kat kg mertua Di Kelantan ni ... Apapun Syukur kerana masih diberi peluang oleh Allah utk menjejak 2013 ... Moga persahabatan lebih baik 2013 ni

Remy hazza said...

sambutan tahun baru...remy kat rumah jer....... malas nak mengharung kesibukan dan kepadatan...... padahal...sambutan kat putrajaya tu dekat jer...... lepas tgk tv.... bunga api...tido..sebab hari nie keje...he3...


selamat tahun baru bro sekeluarga....!

boni kacak said...

hehehe.sebab tu den malas nak keluar. lebih baik sambut sorang2 kat rumah..daripada mata sakit melihat gelagat2 anak2 muda yang tak sepatutnya.. nak tegur, tapi masa muda dulu pernah buat semua tu... rupanya apa yang den buat dulu sebenarnya tak senang di mata orang lain, baru den faham perasaan orang yang melihat..hehe..semua tu menjadi pengajaran pada den... semoga tahun baru yang tiba ni, den akan berubah menjadi lebih baik dari sebelum2 ni..den akan berusaha sebaik yang mungkin untuk berubah menjadi lebih baik..

akubiomed said...

Selamat tahun baru bro. Saya tidak ke mana-mana hanya bersama famili di rumah sahaja. Maklumlah KL kalau keluar memang sesak terutama di malam tahun baru.

wantie said...

semalam kami anak beranak melepak hampir jam 3pagi baru balik umah... happy 2013. tuk kamu

Maisarah Azmi said...

salam 2013 dari Sararose Dot My. Semoga azam bau tercapai tahun ini

fatin amalina husna said...

hmm..sikap remaja yg sukar diubah..

happy new year!! =D

Mar Haini Abdul Rahim said...

tertarik dengan 4 perkataan di hujng,
makin berat bumi ini... -penuh makna :)

selamat dua ksong satu tiga :D
yepp semoga berkekalan persahabatan di sini ^^

Cik Syida said...

" makin berar bumi ni"

Berat maknanya di situ.. :D

Irwan Syah@ Wak said...

Membalas kunjungan untuk Bro Hanif... Selamat Tahun baru 2013....persahabatan yg kekal selamanya.....
thanks bro....

isam ismail said...

ayat yg diolah dengan baik,, selamat tahun baru bro, tech mme ho to become a good blogger

Harun Ar said...

Waah... acaranya seru ya.....,
Happy New Year sahabat..., semoga tahun mendatang membawa keberuntungan bagi kita....
Salam dari Sumatera Selatan

itu Akhil said...

selamat tahun baru bro..
mcm seronok je melaka..tp so far masih belom berkesempatan utk sampi sana..
dgr2 crite2 je la hihih!!

MaYa MustWany said...

mas nya malam tahun baru lagi tak leh blah..hihihi

syafiqakarim said...

semalam.hanya tgk bunga api dari veranda rumah

shaiful zaidi said...

selamat tahun baru sahabat. Moga sihat dan ceria..

dya bunga said...

dya duk rumah je..rimas tgk org ramai2..haha.. selamt tahun baru ye

dya bunga said...

dya duk rumah je..rimas tgk org ramai2..haha.. selamt tahun baru ye

Nor Salmi said...

Selamat tahun baru, Hanif.
Suka dgn ungkapan 'makin berat vumi ini'. Dalam maknanya..

Ririt Handayani said...

Selamat tahun baru sahabat. Semoga lebih baik dari tahun sebelumnya :)

M'Rie R'Nie said...

Tak rasa macam tahun baru pun. Semalam lepas ambil adik pi singgah rumah family tunang adik untuk bincang pasal majlis kawen dia tak lama lagi. lepas tu singgah dok lepak kat UpTown...after that makan2 di Angah Satay..lepas tu lepak lagi kat UpTown sampailah jam 12:30am lepas tu balik....Selamat Tahun Baru bro..semoga apa yang diimpikan dan apa yang dinantikan akan tiba dan tercapai jua akhirnya.

teratai said...

selamat thn baru moga persahabatan di alam maya ini terus berpanjangan:)

dayteenlea said...

salam tahun baru

terima kasih kerana sudi singgah di blog sy

Misz Mieza said...

Selamat tahun baru Hanif! ^_^

Eiqa Almond said...

Selamat Tahun baru kawan blog..! :D
Tidak akan ku lupakan nama Haniff dalam dunia blog niee, ekekekee

nizarazu said...

Selamat tahun baru 2013 juga sahabat.. semoga sukses sentiasa :)

Sifu wan said...

Alhamdudillah. Hujan semalaman sejak senja lagi, maka kurangnya karenah sambutan tahun baru yang tidak sihat. Mercun dan bunga api di kawasan perumahan pun, sepi je.

ahmad muazim abidin said...

selamat tahun baru 2013 :)

man said...

Slmt tahunn baru bro..skrg bnyk hiburan..mak ayah kena lihat anak jgk..

yana aina said...

... selamat tahun baru 2013 ... moga ukhwah maya tetap kekal...

yana ronda naik kete ngn hubby jerk. mls nk singgh DP tue. sesak!! Smbut thn baru dgn mkn2 kat asam pedas psr borong ... hehehh

miz ruha said...

selamat tahun baru... ^_^

Mrs Velentine said...

happy new year

ayut said...

minum teh halia di tahun baru...slam tahun baru haniff :)

Haryati Faizal said...

selamat tahun baru 2013...

Denaihati said...

selamat tahun baru 2013 buat bro dan pelawat blog bro.

hainom OKje said...

buat perintah berkurung baru depa tak keluar rumahkan!

Mimie Najib said...

seperti biasa, sy mmng duk kat umh je kalau malam tahun baru..xde yng special selain hadap tv kalau mata larat.. tp tahun ni kul 10 lebih dh masuk tido..heheh