Telefon pintar paling nipis di dunia - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Telefon pintar paling nipis di dunia

hanifidrus
Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.

Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.
Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah

10 comments:

ALS said...

Berminat..! Tapi mesti mahal.. Huhu..

ohcikgu said...

fuh, best ke pakai nipis-nipis ni?

baby comel said...

Alcatel? Nak note 2 je. Hehehe

Leeza dayasari [santai leeza] said...

alcatel pun dah mula bersaing sekarang.

Nadia Johari said...

bila la dpt belinyer..hehe

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

nipisnya! cantiknya

Sifu wan said...

Satu lagi perkembangan terkini dalam dunia gadjet. Agak-agak nak bersaing dengan gadjet keluaran Korea, gergasi baru dari Asia.

Remy hazza said...

nipis nyer...tak risau ker bengkok mcm i phone 5 tu???

wantie said...

memang tak mesra tangan saya phone ni. kalau nipis nipis mesti akan slip dari tangan saya yang lasak ni.

alcatel? hahaha.. itu lah jena hp pertama yang saya guna. sebab abang ketiga saya bagi as "hadiah".

Cheq Kaq said...

Nipis sangat pon x best gak..Rase x selamat jer..