hanifidrus
Salam satu blogger. Hari ini saya ada menerima satu komen berkenaan entri saya terdahulu UTC BSN Melaka Mengecewakan.

Entri ini berkenaan kekecewaan saya terhadap pekerja  UTC BSN Melaka yang kurang baik dalam menetapi waktu rehatnya hingga ramai pelanggan tertunggu-tunggu termasuk aku.

Masalah ini pada dasarnya telah selesai melalui campurtangan Pengarah BSN setelah aku SMS kepada beliau. Namun melalui entri tersebut, yang saya tidak jangka mendapat perhatian secara serius dari pihak BSN dan disiarkan di myhub.news.my

Hinggakan salah seorang pekerja di UTC BSN telah disalah anggap beliau adalah teller yang saya maksudkan. Dan entri saya dianggap telah memalukan beliau.

Sebagai seorang insan yang berblogging saya selalu berhati-hati dalam membuat membuat statement tanpa menyiarkan nama atau jantina sesuka hati.

Tujuannya  untuk memastikan pihak yang dikomen saya tidak saya aibkan. Itu asas etika dalam berblogging.
Namun masalah lain pula timbul. Orang lain yang dipersalahkan. Disebabkan saya tidak menjelaskan secara detailed siapa teller tersebut.

Jika saya berada ditempat rakan kita ni, sudah tentu sukar nak menjawabnya. Dan sebagai membantu, saya dah jelaskan dikomen entri saya itu.

Inilah dilema sebagai blogger. Jika berterus terang kita dikatakan mengaibkannya. Jika tidak berterus terang, orang lain menjadi mangsa.

Puncanya ialah persepsi manusia yang cepat membuat kesimpulan tanpa usul. Hinggakan menyusahkan rakan kita ni. Padahal dalam entri tersebut jelas dan terang saya masukkan tarikh peristiwa itu berlaku untuk mengelakkan salah faham.

Entri ini mengesahkan  ialah kuasa blogger ini memang tak dapat disangkalkan lagi. Ingatkan blog Hanif Idrus ini hanya blog santai...rupanya menyusahkan orang lain pula...!!!! Saya memang tak suka situasi sebegini. Bukan ni yang saya minta semasa menjadi blogger.

Untuk pengajaran kepada kita semua, inilah salah satu dugaan menjadi blogger. Suara kita besar!!! Dan mungkin anda akan katakan siapa akan membaca entri anda...betul!!

Tapi selagi ia berada di laman sesawang, entri anda jika bukan sekarang dibaca namun pasti satu hari nanti akan dibaca jua....

Pada saudara yang komen itu. Saya minta maaf jika entri saya itu memberi kesusahan pada saudara. Entri saya itu adalah benar dan tiada tokok tambah.
Cuma pandangan manusia yang cepat membuat kesimpulan menyebabkan kecelaruan ini timbul...

By the way, saya tetap kukuh mengatakan  blogging  ini adalah satu wacana suara dalam memperbaiki dan mempertingkat komunikasi sesama insan, agensi tertentu atau kerajaan  melalui teknologi ini.

Seperti kes UTC ini jika tiada blogging ini sebagai satu media menyampaikan kesalahan tersebut maka saya rasa perkara ini takkan berubah ke arah pembaikan.

Tajuk  bahasa English ..hehehehhehe. Sajer jer....



Designed By: Hanif Idrus | Templatelib