Wanita DiLarang Bonceng Seperti Lelaki

hanifidrus
Sebuah bandar di sini akan melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam, kata datuk bandarnya semalam kerana beliau menganggap posisi tersebut tidak sopan.

Langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks. Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.

Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal. "Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya.

"Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe," tambahnya. Namun, kata Suaidi, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka.

Bagaimanapun, katanya, mereka mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam. Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001. Pihak berkuasa wilayah berkenaan kerap melaksanakan hukuman rotan ke atas mereka yang didapati meminum arak dan berjudi.

18 comments

memanglah tak sopan tapi kalau duduk atas moto macam dalam gambar tu bukan ke bahaya.

Memang pun nampak tak sopan.... tapi kalau laju mau terbalik org kat belakang tu!! he..he...

bertindak awal sebelum menjadi parah.....
bagus juga idea dieorg....

takot terjatuh sma nanti..bahaya tu

owh..ini baru 1st time aku dengan acheh melaksanakan undang-undang syariah kat sana..tapi kalau bonceng belah tepi rasa kekok plak nanti bila bawak..hehehe

Regards,
-Strider-

aku dah serik bonceng mcm 2
sbb penah kain aku termasuk dalam rantai motor
masa aku nak pergi kenduri
sampai hari nie
aku fobia

Kalau jalan jauh sesuai ke kaum perempuan duduk cam tu.Silap silap mau tergolek sebab pembonceng susah nak imbang motosikal.

kalau bawak slow2, okay la...

abis aku nak duduk camne? *tetiba

Agak2 bila Malaysia nak laksanakan undang2 Islam ek ?
# tapi agak bahaya laa duduk cenggitu, lam kampung xpe la jgk.. hehe

bagus jugak. bior padan. Kat malaysia ni pun banyak. yang bonceng motosikal, pas tu pakai baju singkat. bila duduk nampak semua seluar dalam. nyampah tengok..

saja nak tayang ke ?

tak sopan tu, mungkin adalah sikit..tapi kalau pembawa moto tu jenis bawak ala rempit, sesuai ke duk camtu.. ngeri pula tgk.. hehehe