Buat Tutorial Tapi Tak Boleh Copy Paste

hanifidrus
Hari ini nak bercerita tentang dunia blog pula..heheheheh.
Copy Paste atau plagiat dari sesebuah blog adalah merupakan satu masalah utama dalam dunia sesawang terkini.
Ramai yang mengadu artikel mereka di copy dan paste tanpa memberi kredit kepada penulis asal blog tersebut.

Tapi kita bernasib baik kerana dengan teknologi yang ada dan kemahiran pogramming yang baik, maka ujudlah terma "Disable Right Click".
Mana-mana blogger yang ingin plagiat artikel dari blog yang telah memasang "Disable Right Click " ini, tidak boleh men copynya!!.

Tapi kita sering terlupa, adakah semua blog harus mempunyai  fungsi ini "Disable Right Click". Tidak sama sekali.
Pada dasarnya website yang menjalankan analisis atau kajian seharusnya mempunyai fungsi "Disable Right Click"

Kerana nilai tambah kajian beliau adalah tinggi. Jika begitu mudah untuk semua pihak plagiat maka usaha kajian beliau mudah diceduk oleh pihak lain.
Adalah disarankan website anda di "Disable Right Click" jika melibatkan kajian atau jurnal yang sensitif serta mempunyak hakcipta.

Tetapi sesiapa jua mempunyai hak untuk "Disable Right Click" artikel mereka.
Tiada masalah kerana setiap artikel anda adalah usaha anda dan jika anda merasakan ia perlu di  "Disable Right Click" maka teruskan.

Tetapi jika anda membuat tutorial yang memerlukan pembaca copy programme atau script ADALAH amat tidak wajar anda "Disable Right Click" blog anda.
Takkan pembaca mahu menyalin satu-satu skrip tersebut.

Inilah yang berlaku semalam semasa saya cuba menyalin skrip yang ditulis oleh rakan blogger saya.
Malangnya tak boleh copy...hehehehehehehe.

Mungkin beliau terlupa bahawa semua artikel beliau adalah "Disable Right Click"...

Apa pendapat anda mengenai perkara ini.
Adakah blogger perlu membuat "Disable Right Click" pada setiap artikel mereka.
Adakah tidak perlu membuat "Disable Right Click" kerana tujuan kita berblogging supaya artikel kita dibaca dan kita akan merasa bangga jika di copy paste oleh blogger lain.

Cuma yang menyebabkan kemarahan blogger tersebut ialah tiada kredit diberikan....hehehehehhehe.


Tags:

Share:

39 comments