hanifidrus
Hari ini nak buat cerpen ler..Asik lihat rakan-rakan blogger buat novel-novel ini ..jeles lak...hahaha

Semalam aku demam....Aku ini kalau demam memang teruk...
Sakit sendi, tulang-tulang bisa dan mengigil kesejukkan dan sikit pening-pening.

Kat tempat kerja, badan dah tak best ajer rasanya..yalah sendi2 semua sakit. Masa meeting pun, buat-buat eksyen macam best..hehehehe.

Aku pun pergi klinik nak minta ubat demam, ubat sendi, ubat tahan sakit, ubat pening.
Doktor tanya "Ada batuk tak"
Aku cakap "Tak Doktor"
Doktor tanya lagi "Sakit tekak tak"
Aku kata "Tak Doktor"
Doktor kata " Aikk..kalau macam tu awak tak sakit ler"
Aikk..doktor ini buat lawak antarabangsa dengan aku pula.
Aku kata" Doktor, tadi nurse check memang saya demam, tapi masalahnya tulang-tulang ini bisa-bisa"

Doktor tu anggukkan kepala...
Doktor tu berkata lagi "Ada ruam tak", sambil periksa lengan-lengan berotot aku..hehehe
Aku kata" Tak der ruam ler doktor"
Doktor kata "Saya nak check kalau awak ada demam denggi ker tak. Kalau ada boleh saya hantar ke hospital..."
Sekali lagi lawak antarabangsa di lakukan oleh doktor tersebut...

Kemudian doktor tu ambil alat check darah tinggi.
Lepas dia ikat sarung alat darah tinggi tu , dia pun tekan-tekan pemicit  tu dan kata tunggu 5 minit.
Aku tanya selepas 5 minit" Ok tak doktor, tak der kan darah tinggi"

Doktor tu kata "Nasib baik OK, kalau tak terpaksa hantar awak hospital..hahahaha"
Aku ketawa kecil sahaja.. ( dalam hati dah 3 kali doktor ni buat lawak)

Selepas tu doktor tu tulis transkip kasi aku ubat yang aku nak..
Kemudian soalan cepumas pun keluar dari doktor tu "Nak balik tak"
Aku jawab " Boleh gak doktor. badan pun tak berasa selesa sangat ini"
Sambil tersenyum...dan kami berdua tersenyum bersama......hehehehe

Balik rumah, aku terum bammmmm!!!! tidur!!
Bangun tidur badan dah rasa selesa sikit, tapi perut lapau lak.
Ajak orang rumah beli burger spesial kat depan rumah.....
Kalau dah lapar, maksudnya dah baik ler...hahahahahaha