Header Ads

Ergonomics Hazards Analysis ( EHA) Training

hanifidrus
Salam Satu Blogger.  In ientri yang membosankan ler..hahahhaha. Tentang kesihatan!
Untuk pengetahuan sepanjang minggu ini aku akan sibuk menghadiri latihan Ergonomic Hazards Analysis.
Sebenarnya training untuk aku lagi best sebab dapat melupakan kerja diproduction line yangselalunya mencabar minda dan jiwa.

Lega sebenarnya menghadiri latihan sebegini..hahahahhaa.
Dapat merehatkan badan dan hanay fokus makan sahaja...

Ergonomic ini bermaksud Ergo bermakna Work  Nomics bermakna study of.
Ia bermaksud Kajian tentang kerja yang melibatkan aktiviti mengangkat, membawa, menurun, menolak objek atau beban.
Ketidak seragaman ini akan menyebabkan Musculoskeletal Disorders (MSDs) yang memberi kesan kepada otot, saraf, tendon, ligamen, joint dan spinal.

Kebanyakan MSDs ini berlaku disebabkan aktiviti pejabat atau perindustrian. Sebagai contoh aktiviti membuat kerja dengan komputer boleh menyebabkan Low Back Pain (LBP), Carpal Tunnel Syndrome (CTS) dan Neck Injuries.

Perbuatan yang berulang-ulang ini akan menyebabkan anda tidak selesa dan akhirnya boleh menyebabkan anda menjadi OKU ( Orang Kurang Upaya) atau terpaksa melakukan pembedahan terutama CTS yang melibatkan  penggunaan komputer yang berpanjangan.

Inilah gunanya training ini dimana aku akan diajar jenis-jenis yang menyebabkan perkara ini berlaku dan cara mengatasinya.

Bila dah belajar tentang ini takut pun timbul bila dah mengetahui kesan-kesannya jangka panjang.
Dan akhirnya aku dah ketahui sebab aku sakit belikat kat sebelah kanan adalah kerana aktiviti ergonomic aku yang buat semasa di pejabat!!!

Aku dah banyak sertai trainin tentang keselamatan, kesihatan dan kebakaran dan sebenarnya ramai rakyat Malaysia belum lagi mempunyai kesedaran tentang hal-hal sebegini.
Bila berbicara tentang keselesaan bekerja semuanya mesti berkait dengan kos (wang).
Inilah masalah utama yang kita hadapi...

Walau apa pun,  yang penting bila kita berbicara tentang training ialah aku dapat rileks untuk 3 hari ini dan duduk kat bilik aircond sampai mengigil. Kalau nasib baik , si trainer tu buat kelakar ..aku boleh ketawa bersama-sama...hehehehehe

9 comments

Haryati Faizal said...

besh kursus ni..

wantie said...

dulu masa amb ik course hazad. mcm mcm kena mabik tahu. best pulak rasa bila kita prihatin tentang kesihatan ni.

Mrs Velentine said...

patutlah xda singgah kat blog..hehe..selamat berkursus

Remy hazza said...

remy ada sijil pasal ergonomic nie...best jugak belajar pasal ergo nie....khursus 3 hari 2 tahun lepas

hainom OKje said...

dulu masa keje pun suka gi training...kalau boleh tak mo training yg ada kaitan dgn tugas le...sebab boleh relax dan makan haha...

shaiful zaidi said...

selamat berlatih..

Sang Kerapu said...

Kursus yg bagus, bermanfaat. saya x penah berpeluang attend kursus mcm ni. Kalu dpt berminat jugak.
Thanks hanif add Kerapu di google. Sori ya, saya masih terkial2 lagi nak guna google follower tu.

seribupilihan said...

kursus yg bermanfaat..dapat pengalaman baru nie kat hanif..dulu masa saya study ada blaja pasal ergonomic nie..:-)

myfreeminded said...

Kalau bab2 kursus ni, part makan lah yang best.. Hehe