Salam Satu Blogger. Minggu lepas ada buat sedikit majlis kecil-kecilan untuk sambut birthday anak pompuan aku yang ke 10 tahun iaitu Hanis Bte Hanif.

Budak-budak sekarang ingat ajer birthday dia, walaupun aku dan mak dia buat-buat lupa..hehehhehe.
Siap request nak KFC lagi. So kami layan ler birthday girl hari itu belikan KFC.

Tapi rasa tak best pula kalau tak beli kek kan, nama pun part hari jadi..kekekekekke.
So kami pun beli ler kek juga..dan alang-alang beli kek kami pun beli donut dari Donut Big Apple.

Sebenarnya donut tu mak dia yang minat...ahaks..., Tah apa yang bestnya donut tu aku pun tak tahu tapi memang best .....!!!

Di kek tersebut aku letak 3 batang lilin ajer. Nak letak sepuluh kang terbakar rumah nenek dia kang. Lilin tu pun tanda syarat ajer.. Kasi tiup-tiup, ikut style omputih...hahahhahaha.

Walau apa pun Hanis, abah ucapkan Selamat Hari Jadi  Yang ke 10 Tahun. Semoga meningkatnya umur anak abah ini seiring dengan kematangan akal fikiran.

Jangan asyik nak main ajer. Pergi hafal sifir tu sampai pandai. Dah darjah empat pun terkial-kial nak mengingat sifir tu..hemmmmm.. Jangan sampai taring abah kau keluar dah!!!!

Anak-anak semakin lama ..semakin besar. Tandanya aku ini semakin tua.
Peel lak, semakin besar semakin menjadi...itulah cabaran menjadi ibu bapa.

Baru kita merasa, apa yang orang tua kita lalui hendak membesarkan kita.
Melayan karenah kita yang gedik-gedik ini...hahahahaha.