Salam satu Blogger. Hari ini aku ada 3 kerja kahwin....
Semuanya kena pergi ler sebab 2 kerja kahwin mak sedara bini aku dan mak aku.
Yang ketiga member sekerja....

Bakal Pengantin
Plan nak jalan pukul 11am supaya sempat jalan ketiga-tiga kerja kahwin. Dan last sekali pergi ke rumah kawan aku supaya sempat ambil gambar masa bersanding..

Tapi kau orang tahu ajer ler...pompuan ini selalu janji palsu selalu..hehehehehe
Pukul 11.00am baru nak make up..huhuhuhu. Kul 11.45 baru keluar rumah...

Lepas jalan kerja kahwin kedua-dua rumah kami pun bergegas ke rumah kawan aku.
Sampai sana dah pukul 2pm, pengantin tengah makan lauk pengantin...hehehehehhehe

So kami pun makan dulu..makan kat khemah bukan kat meja pengantin....kikikiki
Dapatlah ambil sikit gambar pengantin..hehehehhe..

Aku memang suka ambil gambar pengantin perempuan sebab time kahwinlah dia orang paling cantik sekali!!!
Lagipun hanya pengantin perempuan sahaja yang ada Mak Andam dengan macam-macam baju, so variasi warna memang menarik minat aku....

Untuk pengetahuan pengantin tu aku tak kenal, yang jemput aku adik dia..hahahahhaa. Gambar sama awek dia tu.
Tu pun bakal pengantin tak lama lagi tu.

Aku rasa rugi sangat tak dapat ambil keseluruhan majlis sebab aku baru nak cuba lensa baru aku dengan aperture f1.8 memang awesome buat blur atau bokeh....huhuhuhuhu.


Sekarang ini kerja kahwin tak ikut time cuti sekolah lagi...anytime boleh buat kerja kahwin...hahahahaha.

Ada tak kawan-kawan blogger yang nak kahwin masa terdekat ini. Tapi yang dah tunang aku tengok banyak dah!!!