Kaki Wayang: Hansel And Gretel

hanifidrus

Okay !!! aku tahu filem ini dah lama main di panggung  wayang..hehehehehhe
Baru semalam aku berpeluang tengok, ini pun disebabkan wife aku nak beli novel terbaru dia.

So semalam aku temankan wife aku  ke Jaya Jusco dan  dah alang-alang  ke sana kami layan filem ini.
Lagipun hari Rabu kan tiket semua separuh harga..!!!

Memang pening , nak tengok wayang apa pun tak tahu. Banyak cerita best kat wayang. Filem Arnold The Last Stand  dan Hero Rambo main filem Bullet To The Head pun ada.
Inilah akibat dah lama tak tengok wayang..hahahahaha

Tapi disebabkan tempoh hari aku baru tengok kat Astro MeLetop, mereka kata filem carta teringgi ialah Hansel And Gretel maka aku pilih cerita ini ler.

Hansel And Gretel: With Hunter memang awesome!!!
Kalau aku nak review pun ramai dah buat review filem ini.

So aku tak mahu buat review ler, cuma aku boleh kasi secara kasar jalan cerita ini.
Mula-mula seperti biasa, ranking yang patut diberikan ialah 4/5.

Dari permulaan hingga ke akhir, penuh dengan aksi-aksi yang ganas. Senjata lak macam-macam bentuk ada!!!
Mekap muka ahli sihir yang jahat memang nampak jahat...hehehehehe.
Terdapat raksasa lain seperti Troll yang baik dengan Gretel.

Walau pun namanya The Witch Hunter tapi tek ler seseram mana pun..hehehehe
Cerita ini lebih kepada aksi gaduh dari seram-seram ini...

Selamat menonton untuk anda semua.
Tadi aku check filem baru dah keluar Hantu Mak Limah 2 dan A Good Day To Die Hard dah main!!!
A Good Day To Die Hard wajib kena tengok!!! Filem kesinambungan Die Hard. Aku ialah hardcore filem ini...hehehehe



Share:

25 comments