Header Ads

Kapal terbang terhempas di Melaka

hanifidrus
Kapal terbang terhempas kat Melaka. So aku orang Melaka terpaksa ler buat entri ini.hehehehheh.
Tadi pagi memang kecoh kat opis cerita tentang hal ini.

So semua kecoh aku pun terpaksa kecoh gak..hahahahhaa

Kawasan kemalangan ini kalau nak dikira dari rumah aku kalau naik kereta dalam 15 minit ajer.
Nasib baik kapal terbang kecil ajer dan aku respek kat drebar kapa terbang ini yang landing tak langgar bangunan.

Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28 terhempas di tebing berhampiran Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat kondominium Cheng Height di sini, hari ini.
Juruterbang P. Devenessrao, 20, dari Bahau, Negeri Sembilan, merupakan pelatih Malaysian Flying Academy yang berada berseorangan di dalam pesawat itu hanya cedera ringan di bahagian kepala serta tengkuk dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.
hanifidrus

Seorang saksi kejadian, Koperal Zameri Nawi, 50, dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berkata beliau melihat pesawat berkenaan dalam keadaan terhuyung-hayang dalam kejadian 12 tengah hari itu.
"Pesawat itu kemudian merempuh beberapa batang pokok berhampiran kondominium tersebut menyebabkan dahan-dahan pokok terpelanting ke jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau yang sedang melakukan tinjauan lalu lintas sempena Tahun Baru Cina kemudian menghubungi IPD Melaka Tengah bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Supt Ahmad Adnan Basri berkata Devenessrao berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam pada 11.15 pagi untuk melakukan latihan penerbangan sebelum membuat panggilan kecemasan kepada menara kawalan pada 11.56 pagi.

Beliau berkata, pesawat berkenaan kemudian terhempas kira-kira 30 meter daripada kondominium tersebut sebelum juruterbang terbabit keluar menyelamatkan diri.


"Pihak polis akan mengawal keadaan di sekitar kawasan kemalangan ini sementara menunggu pasukan penyiasat Jabatan Penerbangan Awam yang difahamkan akan tiba esok bagi menyiasat punca kejadian," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Timbalan Penguasa Bomba Yazid Mohd Tahir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.01 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian bersama empat jentera dan 26 anggota dari balai itu pada 12.10 tengahari.

Beliau berkata pihaknya kemudian melakukan kerja semburan buih selepas mendapati berlaku kebocoran minyak bagi mengelak percikan api dan kebakaran.

Katanya bomba juga memasang tali pada bahagian ekor pesawat berkenaan bagi mengelak ia terjatuh ke jalan raya berhampiran

16 comments

Nadia Johari said...

nasib xde spe2 yang cedera..

shaiful zaidi said...

Nasib baik pilot bertindak bijak...

Remy hazza said...

pandai dia cari tempat landing...... kalau tak...takut ada yg cedera nanti.....

Mentari Minda said...

nasib baik tidak terhempas ke pangsapuri tu....huh

baby comel said...

Owh, terhempas? moga takde pape la.. Berita gempar ni

Donny Ien said...

mujurlah juruterbang hanya cedera ringan sahaja..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum . kesiannya. nasib baik tak langgar condo tu. lagi merbahaya..

Aziela said...

Uishhh...dekat sangat dengan rumah kita juga. Seramnya. Cheng Height tu dahlah menyeramkan. Bila bukit tu dah penuh dengan air dan buih, takut condo tu plak yang roboh. Na'uzubillah. Oh, by the way, saya dekat Tmn Bkt Cheng jer.

michelle De hunny said...

belom boleh lepas lagi jadi pilot.
ehh..hehe.
kan,nasib baik dia tak langgar bangunan.respect dia. haha

TiranaAduka said...

malang memang tak berbau.

Syaz Blackrose said...

Mujur tak langgar bangunan, kalu tak jd mcm kat AS dulu.. pandai pilot cr tempat landing.

Adam Haiqal said...

perghhh! macamana laaa boleh jadi macamtu..heheh

myfreeminded said...

Syukur semua tak apa2 dan orang awam pun tak ada yang terlibat... Kemalangan kalau nak berlaku dimana2 pun berlaku...

Mimi Azirah said...

mcm ne leh jd cmtu..pes time nih

wantie said...

Sib baik tak landing kat bangunan tu kan...

Norizan J said...

tak masuk metro pun hihi