Kejutan Pengantin Baru

hanifidrus
Pada suatu malam pengantin baru, Si suami mengajak isterinya keluar untuk memberi satu kejutan.

Suami : Sayang... Jom kita keluar, abang nak bagi satu kejutan. Tapi kena tutup mata dulu ya
Isteri : Nak kemana abang? Kejutan? Wahhh, sambil tersengih riang

Kemudian Si suami menutup mata isterinya dan membawa keluar dari bilik. Tiba tiba Si isteri terasa nak kentut, tetapi dia malu lalu menyuruh suaminya membuatkan segelas air.
 

Isteri : Abang..sayang dahaga laa..Boleh tak tolong buatkan air.
Suami : Okey sayang, tunggu kejap ye..

Si suami berlalu pergi dan Si isteri melepaskan kentutnyaa..Kemudian Si suami datang membawa air untuk isterinya, tetapi Si isteri terasa nak kentut lagi, lalu menyuruh suaminya menambah gula kononnya air itu kurang manis. 


Si suami berlalu pergi dan menambah gula, Si isteri melepaskan kentutnya lagi dengan penuh perasaan. Kemudian Si suami membawakan air kepada Si isteri sekali lagi, tetapi Si isteri masih terasa nak kentut, lalu menyuruh suaminya menambah gula sedikit. 

Si suami berlalu pergi untuk menambah gula dan Si isteri kentut sekentut kentut nya.... Setelah itu suaminya datang dan membuka ikatan yang menutup mata isterinya.

Suami : Suprise!!!
Isteri : *muka terkejut kerana disekeliling nya terdapat ahli keluarga suaminya* .. err.. ayah ibu bila datang? :'D
Ayah&Ibu : Sejak kentut hang yang pertama tu kami dah mai dah =='
Isteri : *tersengih malu*

21 comments

hehehehe.............lawak!!!

Aduh! Lawak pecah perut nih! Haha...

hahahaa...ni mcm satu kes die buat surprise kat suami die..tapi lupe crite die

kahakahkahkah...yang nie memang lawak..tergelak-gelak aku dalam bilik nie..sib baik takde orang..hehehe

Regards,
-Strider-

alahai, lawaknye..mesti family dia tengah tahan gelak smpai nak pecah perut..tu pun kalau cerita nie benar2 berlaku

hihihi..kesian isterinya..
mesti merah padam muka dia hihi

Setahun pun x habis malu tu heee.........

kesian dia..boleh dibayangkan betapa malunya rasa..huhu

ha3..... gelak besar remy ptg nie........

hehe..kelakar citer nie..rupanya citer nie banyak versi ya..:-)

hahahahaha aduh sejak kentut hang yg pertama !

Macam dah pernah baca ...tapi tolong gelak lagilah hehe...

kahhhhhhhhhhh...lawak lawak. gelak guling guling ni