Header Ads

Kopi panjangkan umur setahun

hanifidrus
Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun umur manusia. Kajian dilakukan ke atas 500,000 warga emas mendapati risiko kematian menurun disebabkan mereka lebih banyak meminum kopi dalam sehari.

 Saintis Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Neal Freedman berkata, dari penyelidikan dilakukan mereka yang mengambil dua atau tiga cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 10 hingga 15 peratus.

 “Tetapi sekiranya individu mengambil lebih daripada dua atau tiga cawan, ia tidak memberi manfaat malah dianggap tidak sihat kerana kandungan kafein boleh memberi risiko kepada masalah jantung, strok, kencing manis dan Parkinson," katanya.

 Menurutnya, hipotesis kajian dari individu berusia 50 dan 71 itu telah dilakukan sejak 12 tahun lalu dan menunjukkan bukti kukuh. “Tabiat minum kopi dikaitkan dengan tingkah laku yang mampu menghindari seseorang daripada mengambil minuman beralkohol, karbonat ataupun memakan daging berkalori tinggi," katanya.

 Beliau berkata, kopi boleh meningkatkan tekanan darah tinggi. “Sebatian berbeza dalam kopi adalah penting, iaitu pengambilan tanpa gula adalah yang terbaik,” katanya.

 Dr Freedman berkata, pengambilan kopi dalam kadar sederhana tidak memudaratkan kesihatan malahan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan meskipun pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. 

"Kajian menunjukkan kesan pengambilan kopi dapat mengurangkan risiko diabetes iaitu dua kali adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi," katanya.

 Menurutnya lagi, kajian membuktikan selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. "Kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti fizikal seperti mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam akan lebih segar setelah meminum kopi," katanya.

18 comments

Bin Muhammad said...

Salam di hujung minggu HI,
Jom pekena kopi! ;)
Tapi kalau kena 3 cawan sehari kopi di kedai mamak, rasanya bukan panjang umur...pendek umoq kot...haha
Btw Thx..good info.

Remy hazza said...

kopi baik utk kesihatan...... cer tgk org2 tua... depa panjang umur sebab selalu lepak kat kedai kopi....he3

fatin amalina husna said...

wahh..bagus nih..
kopi kaw satu!! =D

eh..baru perasan blog dah berubah..:3

afisya afida said...

salam . apa yang saya tahu kopi ada dua jenis . satu baik dan satu tidak baik . tapi dah lupa mana sumbernya yang penting ia dalam artikel kesihatan . i love coffee :D

Mysyah Holiday said...

mmmm..bagus tu.

Sukma Haron said...

dulu tak minum kopi..sekarang dah minum sikit.....

❤Kamsiah❤ said...

kopi dgn sedikit gula..panas2..ada pulak pisang grg..:) gabungan yg awesome...

Alt Amiend said...

yang penting tidak berlebihan menurut saya

Belajar Photoshop said...

segala sesuatu ttp akan ada pro kontranya.. ada sisi baik ada sisi gag baiknya.. tinggal kita mutusin akan seperti apa hidup kita iia kang ;) mantap!!!

Mas Zull said...

assalamualaikum hanif...menarik jer bunyinya...;)

Sang Kerapu said...

Dulu.... saya suka sangat kopi.... tapi sekarang kurang sikit.... yang penting kopi susuuuu, kurang manis tambah gula... badan lesu...kerana hati tergoda....

Nadia Johari said...

alamk nd jrg minum kopi..hehe

seribupilihan said...

minum berpada2..jgn terlebih sudah..:-)

wantie said...

fakta yang cepat.

sebab tu la barang kesihatan dihasilkan dengan campuran kopi.

kopi tu la, kopi ni la. semuanya kopiiiiiiiiiiii

QasehnyaRania said...

saya suka minum kopi tapi sejak kena migraine.. terus kurangkan.ats nasihat doktor.

pekena tosei dgn kopi o.. layan ;)

Ina ZaLinA said...

mai secawan... jom kita minum...

hainom OKje said...

Suka jugak minum kopi ni...tapi tak boleh pekat2 penin!! hehe

Loyang Mama Zahra said...

Memang kopi banyak khasiat terutama untuk lelaki. http://kopibiarpekat.blogspot.com/2012/09/kopi-o-kopi-bahagian-1.html