Header Ads

Nasihat Untuk Rakan Fotografi Semasa Di Majlis Perkahwinan



hanifidrus
Zaman Mentah Aku Mengambil Gambar Kahwin
Nasihat saya untuk saya dan rakan-rakan fotografer yang baru berjinak-jinak dalam industri ni ialah, kita perlu bijak ketika berada di majlis kenduri.

Terutamanya jika kita hanyalah fotografer jemputan ataupun fotografer rakan pengantin. Kita perlu ingat yang pengantin telah membayar upah kepada fotografer yang mereka pilih.

Jadi perlulah kita bersikap matang dengan membiarkan photografer  tersebut membuat kerja. Walaupun mungkin hasil kerja photografer yang dibayar oleh pengantin itu tidak sehebat mana.

Kita perlu hormat hasil kerja mereka. Walaupun kita telah bergelar photografer pro, tapi mereka itu telah dibayar dan mereka dituntut dalam memberikan hasil yang terbaik. BIJAK UNTUK MENJADI PHOTOGRAFER YANG BIJAK.

Setiap kali saya pergi ke majlis perkahwinan saya akan pastikan saya tidak mengganggu fotografer berbayar mereka. Sudah tentu gambar yang saya ambil tidak sebaik mereka dari segi angle kerana kedudukan saya telah diambil alih oleh fotoger berbayar tersebut.

Selalunya saya iskkk "bersaya" lak..ehhehehe. Selalunya aku akan berjumpa dengan fotografer tersebut dan meminta kebenaran untuk mengambil gambar bersama. Saya sendiri pernah alami suasana rimas semasa di minta menjadi jurugambar majlis perkahwinan oleh rakan saya.

Rimas kerana terlalu ramai yang bijak pandai nak ambil gambar hingga mengganggu tugas rasmi aku ..hehehehehe.

Ini adalah perkara biasa terutama kepada fotografer yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Semangat mereka semua lain macam, kalau boleh nak rempuh semua orang nak ambil gambar. Tu yang fotografer berbayar pun tersungkur...hehehehee.

Lagi satu untuk fotografer berbayar ini, janganlah berlagak sangat. Kadang-kadang ada juga mamat baru belajar ini dapat jadi fotografer majlis perkahwinan. Lagaknya ...mak aiii...Menyampah.

Tempoh hari aku lihat ada mamat tu bawa lensa punyalah panjang untuk majlis perkahwinan.

Aku ingat dia nak ambil gambar burung kot..hehehehhhehe.
Memanglah kalau orang yang tak tahu, taksub lihat lensa panjang rabak kau . Aku rasa dalam 700mm kot...Tapi sebenarnya tak multi tasking buat apa...hahahahhaa.

Ambil gambar kerja kahwin untuk aku secara peribadi cukuplah lensa 18 - 200mm. Enough!!!. Kalau kau bawa kawan suruh dia bawa lensa prime lensa untuk potret.
Kalau advance boleh ler bawa lighting stand tu sekali....

Zaman sekarang ini memang zaman persaingan untuk fotografer berbayar ini, semua orang dah tahu ambil gambar. Sentiasa kena upgrade diri...huhuhuhu.

Kita fotografer ini macam saudara....saya selalu ingatkan diri aku. Jika kau pandai ada lagi yang pandai.
Kalau gambar kau tak cantik...boleh edit kat komputer..hehehehe

MINTA TOLONG RAKAN-RAKAN KLIK G+  KONGSI KAT ATAS SEKALI DI SIDE BAR.
TENGAH BUAT EKSPERIMEN. THANKS

26 comments

M'Rie R'Nie said...

Wah....bila master berbicara soal lensa...

actually situasi macam ni sepatutnya para tetamu yang nak bergambar dengan pengantin seharusnya memberikan ruang dan priority kepada jurugambar perkahwinan menyelesaikan tugas mereka terlebih dahulu. Ini kerana dia dibayar untuk mengambil gambar dan setiap gambar yang diambil haruslah mempunyai kualiti yang bagus supaya pelanggan mereka berpuas hati. Jika pelanggan tak puas hati dengan hasil gambar, yang kena maki adalah jurugambar dan bukannya tetamu.

Sebab saya pernah lihat jurugambar perkahwinan tahap pro buat kerja. Biasannya depa akan minta tetamu yang nak bergambar tunggu dulu dan bagi depa habiskan kerja depa dulu. bila dah done barulah jurugambar tadi akan bagi laluan kepada para tetamu untuk bergambar dengan pengantin.

Tapi selalunya saya jumpa. tetamu melebih2 sehinggakan mengganggu tugas jurugambar.

Ya memang depa boleh edit kasi lawa and cun melecun. Tapi untuk hasilkan gambar yang perfect dimata customer. hasil pertama semasa gambar di snap teramatlah penting.

BaiYah said...

datang singgah...^^
walaupun saya tak bape familiar dgn lensa kamera ni tapi saya setuju yang peranan fotografer dlm mjlis kawin ni memang penting..pandai ambik comellah gambar tu nanti..hihi

HooToh TuDia said...

Sangat setuju. Adab ketika majlis mesti dijaga. Tapi, kalu aku ni, jenis pemalu.. mmng tak boleh jadi fotgrafer untuk majlis2 mcm ni..

Hootoh Tudia baru aje baca Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel - Dalam satu riwayat mengatakan bahawa pada satu ketika raja Nebuchadnezzar telah bermimpi sesuatu yang menakutkan sehingga dia telah meminta para ahli nujum untuk...

Nadia Johari said...

hahaha..agk2la bwk lense pjg bebnor gitu..semua orng pndai tgkap gmbr..tapi berbeza dgn yang pro..

Remy hazza said...

teringat kisah cousin remy kawen...... byr mahal2 tapi photografer dia tak beberapa reti nak ambil angle...last remy yg ambil gambar...photografer tu pulak yg ikut cara remy......he3

teratai said...

Ambil gambar guna telefon je!

Idati Malek said...

wah tak sangka ade org angkut tele pegi tgkp gmba wedding...

Maisarah Azmi said...

emm, betol tu..xsuka bila photographer berlagak nie

Anak Pak Muin said...

700mm? nak tangkap gambar kutu dalam lubang hidung pengantin ke ape..haha..

aNiss :):) said...

hehe. tak tau nak komen ape. sebab diriku hanya insan biasa. tapi nasihat yang sangat baik untuk tatapan semua :D

MaMa Rey said...

tak mahir la dalam tangkap menangkap gambar ni..tapi nasihat ni bagus untuk dibaca..

normi nieza said...

fotografer jgk rupanya..:)

normi nieza said...

knapa tak blh nak komen nie??

Isabel Diaz said...

Belum penah g fotographer pro..

Mrs Velentine said...

sudah klik..bila berbicara pasal fotograper ni..ya hormat fotograper yg telah dibayar..MV takat ambil gambar pakai hp je adalah..haha

Sang Kerapu said...

Saya minat tangkap gambar...sekadar suke2 je la. Tapi betul la mcm ckp Hanif...bila tgk fotographer usung kamera jat function2...fullamak. Cam megah je. Lagi pj muncung kamera...bertambah2 lagi la eksyennye hu....hu...

Mia Kassim said...

agaknya dia nak close up betul2 muka pengantin tu...tu yg dia bawa lensa panjang....

Cho Zila said...

yang berlagaktu boring gak yerk... tapi dia buat keje kan....

izan mama mia said...

akak xtau nk komen apalah dik

BUNDA a.k.a KN said...

assalamualaikum..

Nasuha said...

Salan sejahtera ..

hainom OKje said...

macam terasa nak ambik gamabo pengantin semula pulak... tapi mesti jadinya tak cantik hehe

wantie said...

sangat setuju bila ada photographer berbayar yang sangat kekwattttttttttttt..

tapi kan, mcm mana takkekwat kalau bila dia suruh tenung kamera dia, pas tu ada pulak jiran sebelah suh tenung kamera dorang. tak ka hancussss...

sabor je la.

ayut said...

:) pasni duk diam jer...tak amik gmbr dh..photographer bbayar dh ada kan..hihi

TiranaAduka said...

leh la ambik gambr saya lain kali.serius ni bro.

Budak Kampung said...

pergghhh..bro habif photogrpher ke???cayalah