Pengajaran Isu Rumahtangga Rita dan Aidil

hanifidrus

Sekarang ini heboh sekali lagi diperkatakan tentang isu penceraian Rita Rudani dan Aidil Zafuan yang tak habis-habis disiarkan oleh pihak media termasuk blogger-blogger kita.

Untuk aku secara peribadi aku rasa aku dah membaca lebih 8 kali tentang mereka berdua ini di blog rakan-rakan.

Walau bagaimana saya suka ambil pengajaran setiap isu yang berlaku umtuk mematangkan diri ini.

Dalam kes ini saya melihat tindakan mereka berdua seperti kanak-kanak mentah padahal semuanya sudah dewasa.

Maaf saya katakan, kerana untuk aku isu rumah tangga ini bukanlah satu isu yang kau orang boleh sebar-sebarkan satu dunia.
Hal rumah tangga adalah hal peribadi. Ia adalah milik kita bukannya sesuatu yang boleh dikongsi kepada satu dunia.

Ya, aku akui mereka adalah bintang besar di Malaysia ini. Rita Rudani adalah bintang lakunan manakala Aidil adalah bintang sukan. Sudah tentu pihak media berebut ingin dapatkan berita sensasi dari mereka.
Dan sebagai suami dan isteri, kita sepatutnya bukan memburukkan antara satu sama lain.

Dan kalau ditanya pada aku dan semua  pasangan yang sudah berumah tangga, tiada siapa yang mengimpikan perkahwinan berakhir dengan penceraian.

Apa nak buat, jodoh tak kesampaian. Maka dengan itu berpisahlah secara baik melalui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Tidak perlu membuat kenyataan media atau pada semua pihak anda yang betul dan pasangan anda salah.!!

Kerana setiap penyataan yang anda katakan seolah-olah meludah ke langit tapi akhirnya jatuh ke muka sendiri.

Manusia sekeliling  akan mencemik,  Wah!!! masa bercinta dulu sanggup  lautan api direnangi. Cakap ibubapa kau tak layan.
Bila nak cerai, mulalah kau nampak keburukan pasangan kau.
Kalaudulu masa bercinta, kata orang Melaka (maaf agak kasar)..Kentut dia pun kau kata wangi ,,hehehehe

Memang orang akan berkata, cakap memanglah mudah. Cuba anda lalui situasi seperti Rita Rudani dan Aidil Zafuan ini.

Tapi disini kita dapat satu pengajaran yang baik. Dan kita kena sentiasa ingat, hal rumah tangga bukan sesuatu yang boleh dikongsi. Apabila kita hebah-hebahkan perkara ini, pernah tak anda membaca akhbar pihak media cuba menenangkan mereka agar bersatu kembali? Malah memburukkan kan lagi hubungan mereka ada lerrrr..

Kepada yang bujang-bujang tu, yang akan berkahwin. Kalau anda gaduh kecil dengan suami atau isteri, tak perlu ler cerita pada ibubapa anda atau rakan-rakan anda. Ianya akan memburukkan keadaan anda. Dan kepada suami pula, jadilah pemimpin yang baik.

Jangan menyalahgunakan POWER yang kau ada sesuka hati. Pandai-pandailah kau guna kuasa kau tu. Isteri zaman sekarang bukan zaman isteri nenek  kita dulu. Sesuka hati kau nak marah...hehehehe Isteri sekarang semuanya berpelajaran dan bijak berfikir.

Dan isteri pula dengarlah cakap suami. Setiap pelakuan yang salah....suami anda akan dapat bahagian dosa yang kau lakukan. Besarnya tanggungjawab suami anda.

Dengarlah cakap dia, kalau tak suka dengar ..bincanglah.
Suami sekarang ini bukan zaman datuk-datuk kita dulu. Suami zaman sekarang ini suami yang boleh berfikir dan pendengar yang cekap.

Tapi lelaki ini ada satu masalah, egonya...heheheheh
Bini aku pun malas nak bincang dengan aku kalau masa aku tengah angin..hahahahhaha

Maksud aku, dalam dunia sekarang ini tiada suami atau isteri yang sempurna.
Keyword untuk  kebahagiaan, fahamilah peel suami dan isteri anda.......

Kebanyakan dari entri suami isteri ini aku ambilk dari artikel motivasi yang aku baca dari website...hehehe
Terima kasih Rita dan Aidil kerana anda, aku terpaksa membaca motivasi suami isteri ini ...
Dapat juga aku sedikit ilmu berkongsi dengan rakan-rakan.

Sejak kebelakangan ini kelakar aku lihat isu-isu yang melanda artis kita ini.

Share:

18 comments