Header Ads

Percintaan Shila Amzah dan Shaarnaz Satu Pengajaran

Cinta tak kesampaian
Kecoh sekarang ini yek...Tentang gelora percintaan antara Shila Amzah dan Shaarnaz ini...hehehehhe.

Malahan dalam minggu ini ia merupakan keyword yang terpanas selain Hari Kekasih...

Ingat malas nak buat entri pasal percintaan ini tapi minda asik disuapkan sahaja dengan berita-berita sensasi mereka berdua ini samada dari artikel rakan blogger, surat khabar dan juga media elektronik.

Aku melihat ini satu peluang untuk kita mempelajari pengajaran dari peristiwa ini.
Banyak pengajaran yang kita boleh perolehi dari kes ini.

Bolehlah anak-anak muda yang tengah syok bercinta ini memahami syarat-syarat nak bercinta dengan anak gadis orang.

Pernah satu pepatah orang putih pernah berkata" Jika boleh seorang ayah atau ibu takkan melepaskan anak perempuan walau apapun tapi disebabkan hati anak mereka dimiliki oleh lelaki  lain terpaksa mereka lepaskan. Itu adalah nature" Lebih kurang macam tu ler...hehehehehe ...

Kenapa? Kerana takut orang lain tidak boleh menjaga anak perempuan mereka sebaik mereka.

Tapi aku respek pada ND Lala kerana pada permulaan percintaan mereka dahulu, Shaarnaz dan Shila Amzah bukan ke main peluk -peluk. Kalau aku, dah lama aku sound mamat tu.

Ingat tak gambar yang Shila Amzah cium tangan si Shaarnaz. Kalau kau bapa si Shila Amzah apa rasa kau...?
Pandangan pertama bapa Shila Amzah dah failed!!!

Mungkin Shaarnaz dan Shila tak faham kot, apabila perbuatan anak gadis mereka berpeluk dengan orang lain. Bapa yang mendapat dosa  TAPI ND Lala tak marah lagi....

But that love!! Cinta ini kuat penangannya!!!

Bila bab Shaarnaz secara terbuka nak kata meminang/merisik Shila tu yang ND Lala marah betul. Seolah-olah meminggirkan status sebagai ayahnya.
Akhirnya percintaan terhalang antara Shila dan Shaarnaz akibat tentangan keluarga.

Tapi aku sekali lagi respek kat Shila Amzah kerana tak tersasul dan melawan ibu bapanya.
Dia menerima nasihat bapanya dengan tenang?

Dan akhirnya semua terlerai apabila Shaarnaz pun memutuskan hubungan dengan Shila kerana tidak dapat berbaik-baik dengan ND Lala.

Pengajarannya:
a) Kalau kita bercinta dengan anak dara orang bermaksud kita bercinta dengan ibubapanya, nenek dia dan semua bapa saudaranya. Pandai-pandailah ambil mereka terlebih dahulu.

b) Kedua semasa bercinta dengan anak dara orang janganlah kecoh satu dunia kau nak peluk dia. Lepas tu keluarkan kat facebook. Yang malu mak bapa perempuan tu  jugak!!!

c) Yang perempuan lak, sebelum berkahwin janganlah lebih-lebih nak sanjung boifriend kau. Siap cium-cium tangan dan peluk-peluk...

Kalau jadi  kahwin tak per, ini tak jadi kahwin..pehhhhhh..... Kalau kau artis tak per...tetap laku!!!!
Apa pandangan teman lelaki kau yang baru bila lihat tingkah laku kau dahulu bersama boifriend lama.

Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat kita pelajari daripada kes Shila Amzah dan Shaarnaz ini. Bukan hak kita untuk menghakimi mereka kerana hanya mereka yang tahu cerita sebenar.

Aku harap Shila dan Shaarnaz dapat tenangkan diri. Aku rasa semua faham bila kecewakan. Mungkin pada ketika ini kita salahkan Shaarnaz kerana sikapnya... yang panas baran melalui cerita-cerita di media massa.

Tapi kita juga kena fahami, sikap manusia semua berbeza. Mungkin Shaarnaz adalah lelaki yang terlalu sayangkan Shila dan terlalu melindunginya hingga kadangkala terlupa pelakuannya tidak menetapi citarasa ayah ND Lala.

Kalau tak takkan Shila cintakan dia. Hanya mereka yang tahu.
Cuma jodoh tak kesampaian dan ingatlah jodoh dan maut di tangan Allah.
Kalau ada jodoh, apa jua ribut melanda pasti mereka akan nikah juga..

Tapi kita boleh belajar daripada perkara ini.


 

32 comments

Througheart ∞ said...

kesian dgn shila amzah, she deserve better.
tp kesian jgk kat sharnaaz,, kita boleh nmpk ksungguhan sharnaaz nk mperisterikan shila cuma cara dia yg x brape btul. hrap prob diorg boleh setel dgn baik,, yg plg pnting kalo diorg mmg berjodoh, insha'Allah berakhir ke jnjg pelamin jgk hbugan diorg kan. =)

ejulz said...

betul tu. bnyk pengajaran..

Jemput join segmen ni kalau belum.. :)

http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

JUK DIN said...

salam. mcm janji2 plak! entri terbaru daddy pun ttg shila n sharnaaz ni...what a coincidence..jemputlah baca n komen gak..tqvm.

Azlan Strider said...

"shila bakal isteri saya" itu starting nd lala start keluarkan statement secara terbuka..kan senang kalau shanaz minta maaf jer..tak perlu bidas balik apa pendapat nd lala tu kerana itu merupakan bakal mertua dia jugak...

Regards,
-Strider-

Rapunzeel Cikilolo said...

mendapat restu mak ayah memang susah. aku dah lalui kot.

ape yang kami buat ialah kami tak terburu-buru untuk satu majlis.

kami buat sesuatu untuk buktikan yang kami boleh bersama.

tapi lain orang lain dugaan dan lain ragamnya.

semoga dipermudahkan...

itu Akhil said...

syg sungguh ND lala kat anak pompuan dia sorng ni..

! ❀ ainie sempoy ❀ ! said...

ntah lah ..sebenarnya msih x bape faham knp bapak shila tu x restu ..

Cik Tia said...

syarat pertama nak jadi pasangan hidup saya , hormat ibu dengan ayah saya dulu!

baby comel said...

Mak, nak kawin..

Bin Muhammad said...

Janganlah kita menghukum sesiapa pun dalam hal ini jika kita hanya mendapat cerita yang tidak di pastikan kesahihannya, cuma ambillah ia sebagai panduan. Yang baik di jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Doakan yang terbaik untuk mereka semua...
Inilah nasib seorang selebriti, kisah hidup bukan lagi hak peribadi.

Anak Pak Muin said...

kalau tak tersadung, macam mane nak tau rase tersadung..kan?

aQu Mad said...

betul,setuju, pertama kali kena pandai amik hati ibu bapa, jaga hati mereka. jaga adab..bagus entri nih, sbb ada pengajaran dan tips bercinta ngan anak dara orang..

MarnieyZ said...

pengajaran yg sgt brguna. :D

Ain Dzaya said...

sangat setuju dengan ulasan anda...:))

♥ Nana BamBam ♥ said...

Hormati ibu bapa pihak perempuan penting. Macam kita hormati kedua ibu bapa kita.

Bila hilang respect, so hilang la respect bapanya.

Ambil pengajaran la utk mereka berdua tu. Jodoh ni rahsia Allah. Kalau ada jodoh, bersatu. kalau tiada, redha je lah .

HooToh TuDia said...

Permulaannya aku ada follow jugak kisah diaorang, dengan harapan happy ending. Tp time kat tengah2 nampak mcm keras sangat aje, terus aku cut! Jiwa aku xberapa sihat kalau pasal berpisah-pisahan mcm ni..

Hootoh Tudia baru aje baca Hujan Meteor melanda Rusia | Video dan Gambar - Suasana cemas dihujani meteor yang merupakan batuan dari langit menggemparkan.. Berikut ialah Video Hujan Meteor di Rusia...

Isabel Diaz said...

Kesian bah dekat kedua-keduanya, ingatkan dapat bahagia rupanya ptutus di tengah jalan.

myfreeminded said...

Pengajaran penting ni, ada 3 anak dara ni. :)

fatin amalina husna said...

kira oklar kan sharnaaz nk bertanggungjawab..huhu...

Nik Muhammad Jameel said...

tambahan lagi, nasihat buat wanita di luar sana cehhhh..
kalau dah masa bercouple boyfriend dah buat perangai macam marah-marah,pukul ker, lebih baik jangan teruskan perhubungan tu. sebab nanti selepas nikah belu tentu lelaki tu berubah menjadi baik.

Qashmere said...

Betul semua di atas ni. Diharap ramai yang mengambil iktibar dari kejadian ini. Semoga dua-dua pihak dapat menjalankan hidup yang baru dengan baik.

ND Lala buat perkara yang terbaik untuk anaknya

Cheq Kaq said...

Anak-anak muda sekarang byk yang kalo bercinta mesti melebihi segala-galanya..Ibu bapa pun diketepikan demi orang tercinta..cheqkaq masih respek pd shila hamzah sebab dia masih hormatkan org tua berbanding sharnaz..moga mereka tabah hadapi dugaan ni..

inasazali said...

time kasih..pengajaran yg baik :)

Remy hazza said...

pengajaran buat semua...cinta tak semestinya memiliki..... cinta juga perlukan pengorbanan.....

BUNDA a.k.a KN said...

macam2..apa pun restu ibu bapa paling utama...bagi pasangan mane2 pun..pandai2lah ambil hati dan hormat kedua orang tua pasangan kalau nakkan anaknyer..

wantie said...

tak tau la. ada yg cakap dulu shila tak fofular bapak dia restu.

sekarang shila dah fofular bapak tak restu pulak. adei...

betul ke tak betul ke. doakan kebahagian masing masing dengan pasangan masing masing . in future nanti.

Pengajarannya ialah.....kalau nak pegang pegang, peluk peluk bagainya. Nikah dulu. habis citer...

MaYa MustWany said...

tak pe lah, berkat restu orang tua,insyaAllah mesti akan dapat pasangan yang lebih baik n kekal bahagia..amin

Nadia Johari said...

biasalah shila pun baru nk meningkat naik..mesti kontroversi pun bnyk..shaannar pun wat hal..shila pun suka tunjuk2..haishh

MaMa Rey said...

kesian Shila dalam dilema..sy pun respect dgn Shila yg hormat dgn kedua ibubapanya..bagi sy restu dari ibubapa adalah penting..
semoga kedua2 pihak dapat jalankan hidup baru dgn lebih baik lg..

ayut said...

mmm..xtau nk ckp cane..just doakan yg terbek bt shiela yer.. :)

hainom OKje said...

Betul tu.....kerana cinta, anak boleh lupa segala-galanya siap nyani ombak rindu lagi hehe
Apapun moga Shila berfikir secara waras...

hainom OKje said...

Suka tgk ND lala masa dia muda2 dulu...ingat tak drama Penghujung rindu! Pergh meletop masa tu..