hanifidrus

Hari ini nak cerita tentang politik sedikit, kan PRU13 akan menjelma...hehehehe
Aura Psy memang cukup kuat  hingga menjadi topik utama samada di luar dan dalam negara apabila beliau membuat persembahan sempena Tahun Baru Cina di Penang baru-baru ini.

Manakala blogger-blogger di Malaysia mempunyai pelbagai pendapat tentang kehadiran Psy yang menelan belanja hampir RM2 juta hanya untuk sebuah lagu .

Dan yang paling menarik ialah apabila kehadiran Psy dianjurkan oleh sebuah parti politik.
Apabila ia dianjurkan oleh sebuah parti politik sempena sambutan Tahun Baru Cina,  sudah tentu ia akan menimbulkan spekulasi yang tinggi dikalangan rakyat dan juga pihak pembangkang...hehehehehe.

Dan Parti Politik berkenaan dengan kerasnya mengatakan kehadiran Psy yang bernilai RM2 juta ini ditaja oleh banyak syarikat swasta yang lain bukannya menggunakan duit kerajaan.

Sebenarnya MCA Pulau Pinang seperti yang kita fahami telah kehabisan idea untuk mendapatkan majoriti pengundi yang rata-ratanya menyokong DAP.
Oleh dengan demikian jalan terakhir yang sebelum PRU13 ini, mereka terpaksa menggunakan wacana hiburan sebagai satu taktik mendapat sokongan pengundi terutama pengundi belia Cina.

Fenomena Psy adalah satu kesempatan yang baik dikaca mata parti politik tersebut. Mengumpulkan rakyat Penang ke Rumah Terbuka MCA sekaligus menjemput Psy sebagai pemangkinnya.

Dan saya terus terang katakan, taktik ini berjaya dengan kehadiran diluar jangkaan rakyat Penang ke Rumah Terbuka MCA.

Sedikit sebanyak pemimpin-pemimpin politik boleh menyuarakan idea untuk merebut Penang kembali terutama kepada pengundi belia.
Dan jika tidak 100%  menyokong MCA, tetapi sudah tentu ada sedikit impaknya....
Itu teknik kebiasaan oleh parti politik BN... idea lapuk..hahahahaha.

Isu utama yang menjadi hangat ialah nilai RM2 juta tersebut. Memang cukup tinggi nilai RM2juta ini...huhuhuhuhu.
Kalau BR1M boleh diberi kepada 4000 isirumah!!!
Kalau untuk belia BR1M boleh diberi kepada 8000 belia.
Kalau untuk beri bantuan kebajikan pada bulan tersebut boleh diberi pada 6,666 warga tua.

Dengan RM 2juta tersebut, MCA boleh membuat pelbagai aktiviti di Penang untuk menarik hati pengundi Cina yang ada.
Kalau kasi kat aku, macam-macam aku boleh buat. Tak payah kerja seumur hidup....hehehehehe.

Inilah kelemahan BN sebenarnya, mereka fikir dengan membuang duit kepada rakyat maka mereka akan pilih anda.

Walau apapun saya katakan, at the end rakyat Penang pasti happy pada hari tersebut.
Melihat secara live persembahan Psy !!!
Thanks MCA.........

Najib Said : Are You ready For Psy----Yes
                  : Are You Ready For BN----No
Kasihan Najib..

Punca Kehilangan Kepercayaan Ke Atas BN
Sebenarnya mereka tidak tahu mengambil hati pengundi generasi terbaru ini.
Generasi tua yang menyokong BN sudah habis, yang kini ada generasi muda yang berumur 40 tahun ke atas yang rata-ratanya golongan kelas menengah.

Yang penting ialah akar umbi BN seperti Bahagian dan cawangan BN, JKKK, Tok Sidang yang bekerja dengan kerajaan ini lemah sebenarnya.
Mereka lebih mementingkan periuk nasi mereka sendiri.

Sebagai contoh di sebuah kampung terdapat seorang tua yang sakit, jika mengikut pemberian kerajaan. Orang tua tersebut layak mendapat bantuan kebajikan tetapi hingga kini tidak dapat. Kerana JKKK malas buat kerja.

Manakala di sebuah kawasan lain pula, Ketua UMNO Cawangan tidak habis-habis bergaduh dengan Ketua Pemuda beliau. Hingga masyarakat berpecah dua hingga lupa perjuangan sebenar.
Manakala disebuah kawasan lain, pemberian kerajaan seperti rumah ihsan, jalan tar, bantuan itu ini hanya di berikan kepada sanak saudaranya.

Inilah punca hilang kepercayaan pengundi kepada BN. Akar umbi BN tidak telus dan rata-rata semuanya golongan tua yang masih tak mahu turun
Saya sebenarnya bosan melihat situasi ini....

Pernah tak anda lihat situasi yang saya katakan ini ......
Jika tidak..... JKKK kampung anda THE BEST!!